Since entah dah bertahun tak update dan akhirnya
10 Perkara Pertama Dalam Hidup Anda
1)Purse pertama saya masa umur 6 tahun. Masa tu tahun 1986. Tak ingat macam mana boleh dapat purse tu. Apa yang saya tahu ada sekeping gambar (hitam putih) saya dengan duit 6 ringgit. Hari2 duk main ngan purse sampai satu masa tiba2 hilang. Rupa2nya mak sedara yang simpan dan dia pulangkan semula masa saya gi asrama form 1. Siap duit 6 ringgit ada lagi. Lama tuh!
2)Novel pertama hak milik saya ialah SAGA hasil karya Abd Talib Hassan. Ini lah novel tebal yang mula2 saya ada. Masa ni darjah 6. Emak yang hadiahkan sebab emak tahu anaknya ini memang addicted dengan buku. Sebelum2 ni saya hanya meminjam dari library sekolah.. tak pun perpustakaan bergerak (ada lagi ke sekarang? eheh). Sampai sekarang, novel SAGA ni masih ada dalam simpanan cuma dah tak ada cover dan ada beberapa page yang hilang. Dan sampai sekarang saya masih membacanya sesekala!
3)First time tinggal jauh ngan family masa umur 13 tahun (form 1). Mulanyer excited giler nak duk asrama.. tak dan seminggu dah nangis nak balik! :P Saya memang tak biasa uruskan diri sendiri.. semuanya emak dan emak2 sedara yang handle. Masa primary school saya hanya tau gi sekolah dan main.. Bab2 jaga segala keperluan saya tak peduli pon. Bila duk asrama aisehhh.. semua kena sendiri. Dah la kena bgn kul 4.00 pg sebab nak rebut bilik air. Kucar-kacir betul nak manage masa segala. Tapi.. asrama lah yang mengajar saya menjadi siapa saya sekarang. Dan saya pulak ajar anak saya yang sekecil 3 dan 2 tahun untuk banyak berdikari supaya tak jadi macam saya..
4)Pertama kali menjadi anak dara (hahahhahah) juga masa form 1. Tak ingat bulan berapa tapi masa bulan puasa. Tak pasal2 puasa tahun tuh tak cukup. Saya tak terkujat sangat sebab kawan2 ramai yang dah mengalaminya.. so.. rilex jer la kan.
5)Apa lagi ek? Tak ada idea. Ooo.. yer. Seingat saya pujian pertama yang saya terima dari guru English saya.. masa form 4. Masa tu saya dah nak pindah MRSM dah. Sebelum2 ni asyik kena kutuk jer sebab English saya SANGAT la teruknya yakmat. Tiba2 masa PMR saya dapat la.. heheheh.. B je pun.. walaupun saya rasa macam fail je tapi Sir amatlah berasa bangganyer. Kira kata2 'I can do it' yang ada pada pencil case saya pun dia bleh buat cerita dalam kelas. Cesss.. nampak ngat saya nih tak pandai kan? Hahahah.. Tapi memang sampai sekarang my English is poor :)
6)Pertama kali kerja.. masa 1999. Jadi guru English darjah 3. English tuh! Punya la beberapa hari ambil masa decide nak terima ker tak tawaran guru ganti. Tapi sebab masa tuh my father penyelia petang sekolah tuh.. saya terima jugak la atas memikirkan tak ada masalah transport. Walaupun rasa bukan susah ngat tapi sebab tak pernah kerja sebelum nih.. agak berdebar jugak. Honestly.. ajar kanak2 sekolah rendah lagi dahsyat dari ajar pelajar universiti.. :P
7)Kereta pertama saya.. yang saya kenang jasanya sampai sekarang ialah Wira Sedan auto colour gold yellow JHD 6675.. Kereta ni saya beli lepas sebulan saya kerja tetap pada 2003 yang duit down paymentnya hasil dari kerja sementara saya sebagai guru sandaran selama 3 bulan dan campur dengan gaji pertama saya. Kira saya beli pun sebab dah tak tahan jalan kaki dengan habuk2 jalan (masa tuh jalan Pt Raja teruk sangat.. sebab construction untuk naik taraf pada 4 lane).. Tapi setahun lepas kahwin kami tukar kereta lain sebab tak tahan dengan minyak yang di ngap oleh cik Wira tuh.
8)Suami pertama (insyaAllah selamanya.. :)) ialah suami saya sekarang. Dan of course la setiap pada kita berdoa supaya perkahwinan yang dibina bahagia sehingga ke akhir hayat. Pada saya, paling penting adalah keredhaan Allah. Dan cita2 saya.. menjadi isteri yang taat pada suami. Dengar macam mudah.. tapi pelaksanaannya amat lah sukar terutama bagi wanita bekerja macam saya. Teringin jadi macam Mimi.. tapi saya ada sebab musabab sendiri kenapa perlu bekerja.. tak apa la.. semuanya bermula dengan niat. Saya yakin, niat yang baik akan memberkati perjalanan hidup kita.. dan saya yakin, Allah memelihara anak2 saya.. InsyaAllah..
9)Anak pertama dalam kandungan saya.. bukanlah anak sulung saya sekarang. Saya pernah keguguran pada awal usia kandungan 3 bulan. Mungkin sebab saya terlalu suka sangat berjalan. Dan 3 bulan lepas tuh barulah saya mengandungkan anak sulung saya sekarang. Masa gugur tuh memang sedih. Saya sedih.. husband sedih.. tapi Alhamdulillah.. Allah bagi penggantinya tak lama selepas tu.
10)Last but not least.. saya sentiasa berdoa dan berharap agar CINTA pertama saya adalah ALLAH. Bukan segala makhluk dan harta benda di dunia ini.. AMIN.
Ha.. habis jugak. Jenuh juga nak perah idea nak cari 10 perkara pertama. Anyway.. harapnya saya akan boleh mengupdate sekerap yang mungkin. Ok.. got to go..
1 comment:
tq sbb buat tag..hehehe...welcome back to the club....
Post a Comment