Pages

04 January 2009

Sekian lamanya tak update

Bismillah..

Lama tak update. Bukan sebab tak rajin tapi saya betul-betul banyak kerja. Lepas aje post tentang My Dream (previous entry) hari tuh.. dengan tiba-tiba bertambah-tambah kerja di pejabat. Rasa macam tak cukup tangan nak buat kerja.. rasa nak siapkan dengan kaki hehhehe dan macam biasa saya terpaksa menguatkan mental untuk berfikir dan berfikir. Apa yang saya mampu katakan.. projek yang sedang dalam perangkaan nampaknya terpaksa saya hentikan buat sementara. Suami saya senyum aja laa.. heehhehe.. orang perempuan nih memang tak puas dengan apa yang dia ada. Ataupun sudah takdir Allah, khidmat saya masih diperlukan dalam menyebarkan ilmuNya? Iya.. semua ni membuatkan saya berfikir semula sebenarnya, yang pasti setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Cuma kita sebagai hambaNya perlu berfikir.

Semester 2 Sesi 0809
Alhamdulillah.. semester baru sudah pun bermula. Nampaknya jadual waktu lecture semester ini sangatlah tidak cantik. Tapi tak kisahlah.. bukan senang nak dapat kelas ikut masa yang kita suka.. bersyukurlah dengan apa yang ada. Tidak sebagaimana tahun-tahun sebelum, tahun ini pasti menjanjikan kesibukan yang amat bagi kami. Mesyuarat di awal semester padat dengan amanat, nasihat, paksaan, gesaan dan macam-macam lagi yang jika disenaraikan semua pasti rasa nak muntah sebab overload. Mulanya memang saya agak lemas dengan semua perkara ad hoc yang memaksa kami bekerja dan berfikir lebih masa, tetapi untuk menyedapkan hati.. inilah peluangnya untuk saya lebih ke hadapan. Mana tau.. ada semangat untuk menyambung PhD tahun ini.. heheheh.. Yang pasti, semua ini membuatkan saya bersyukur dan berterima kasih pada pensyarah-pensyarah saya masa di Universiti dulu. Bukan senang nak menjadi pensyarah.. tidak sebagaimana kerjaya guru, mengajar hanyalah 1 dari 5 perkara yang perlu kami lengkapkan. 4 lagi tu memerlukan komitmen dan pengorbanan yang bukan sedikit. Dan.. bukan mudah mahu mewujudkan program baru di Universiti. Ia memerlukan masa dan buah fikiran yang bernas gabungan semua staf. InsyaAllah.. lakukanlah yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan dalam hidup..

Tahun Baru 1430 H dan 2009 M
Sudah masuk tahun baru ka? Emmm.. hari ke hari.. tahun ke tahun.. semakin bertambah usia. Saya sudah lama tidak menetapkan azam tahunan kerana bagi saya.. setiap hari, hari ini mesti lebih baik dari semalam, dan esok mesti lebih lebih baik dari hari ini. InsyaAllah, pertengahan tahun ini kami sekeluarga akan menyambut kehadiran orang baru, bertambah lagi amanah yang perlu saya pikul. Semoga segalanya selamat.. Amin..

'Alawi dan Aisyah juga sudahpun berusia 3 dan 2 tahun. Saya juga baru sahaja menyambut hari lahir yang ke 29 (tsk.. tsk..) penghujung tahun lalu. Tahun 2009, usia saya sudah bermula dengan angka 3.. heheheheh. Saya masih ingat lagi.. 9 tahun yang lalu, bila saya berusia 20 tahun. Semacam ada perasaan yang sukar saya gambarkan.. sedih.. gembira.. pilu.. bahagia.. apabila usia sudah meningkat ke puluhan tahun. Maklumlah.. sebelum ini hanya belas-belas. Rata-rata rakan saya berasa begitu.. Tetapi kali ini, walaupun saya bakal meninggalkan usia 20-an, rasa biasa sahaja. Dah matang agaknya.. :) Owh.. satu lagi.. mungkin masa tu saya masih 'single'.. tetapi kini sudah 'double'.. so.. lain sikit caranya.. hahhahha..

Gambar birthday Aisyah
Nak letak juga walaupun dah lama berlalu. Kek yang tak cantik tu saya buat sendiri.. heheheh. Saya memang tak minat sangat baking dan kurang sikit sabarnya. Tetapi menurut kata cik Abang.. sedapppp.. :P Apa-apa pun, kami tak buat pun sambutan di nursery.. tak sempat sangat nak well plan. So.. tak apalah.. yang penting doa Ayah dan Ummi.. semoga anak-anak kami membesar sebagai muslim dan muslimah soleh dan solehah.. amin..

No comments: