Alhamdulillah, akhirnya selamat juga bersalin di Hospital Batu Pahat, pada 2 Mei lalu. Saya dapat anak lelaki (sebagaimana yang saya jangka.. melalui naluri ibu walau ramai yang kata anak ini perempuan huhu), seberat 3.43kg. Alhamdulillah, bersalin normal dan Allah permudahkan dia menjenguk dunia ini (setelah berhari-hari bagi false alarm heheheh).
Dalam seminggu dua ini, saya tidak mungkin akan kerap di internet, mungkin juga makan masa sebulan. Jika ya pun, tidak sekerap dulu kerana perlu juga mengutamakan kesihatan ibu dan anak ye.. :) Biasalah, awal-awal banyak yang perlu dijaga, dengan kita yang sakit kesan jahitan, dengan anak yang masih belum lekang tali pusatnya dan macam-macam.
Ok.. sudah lambat. Masih belum boleh tidur sebab tidak mengantuk. 'Alawi dan Aisyah sudah selamat sampai dulu ke kampung mengikut emak dan ayah saya. Beratnya hati saya mahu melepaskan mereka dulu, hanya Allah yang tahu tetapi dek kerana saya perlu menghabiskan proses mengurut di Batu Pahat ini, saya bagi je lah. Tinggal kami 3 beranak sahaja dan insyaAllah saya akan pulang ke kampung hari Rabu pagi, lepas siap berurut. Ikutkan saya, mahu berpantang di sini sahaja, insyaAllah kami boleh handle. Tetapi tidak mahu mengecilkan hati orang tua.. saya pulang juga ke kampung. Adalah hikmahnya di mana-mana. Bersalin yang ketiga ini, kami agak independent. Saya bersalin hanya ditemani suami, pulang dari hospital juga kami bertiga sahaja. 'Alawi dan Aisyah di nursery sementara emak, ayah dan kedua mertua saya masih belum tiba. Alhamdulillah, mungkin ini satu permulaan yang baik untuk keluarga kami yang semakin berkembang ini.. :)
Eh.. dah panjang.. tidurrrrr... selamat ye..
1 comment:
Lama tak jenguk blog sendiri....heheh..baru je bape hari..tu yg tak perasan awak dah bersalin. Walaupun hati ni berkira2 gak...
Alhamdulilah.Tahniah.Mudah2han baby menjadi anak yg soleh ..
Dan... Happy berpantang!
Post a Comment