Paling penting apa lagi.. mestilah breastpump :) Saya beli lama dah, masa mengandung lagi. Kali ni.. tukar brand Medela pulak. Masa Aisyah saya guna brand Avent. Beli online.. di MyBreastPumpShop. Saya guna Medela Harmony sahaja walau dalam hati yang amat dalam (kekkeke) saya sangat menginginkan Medela Freestyle. Kenapa? Sebab sebelum ni saya guna Avent (manual) Alhamdulillah banyak aje susunya. Jadi rasanya setakat ini (setakat inilah) saya cuba Medela Harmony dulu, kalau performance ok buat apa nak membazir bagai kan.. tambah lagi saya ni bukannya boleh serabut-serabut sangat, kang susah-susah sangat nak basuh dan bersihkan Medela Freestyle tuh, saya mula la menyesal.. hehehheh (ayat memujuk hati..). Dah! Jangan tamak!
Cerita pasal breastpump, ingat lagi masa mula-mula saya bersalinkan 'Alawi. Masa tuh saya baru sangat tahu tentang pemerahan susu ibu dan baru sangat ambil tahu pasal penyusuan susu ibu secara ekslusif! Punyalah banyak artikel baca (dah takde anak lainkan.. masa banyak la masa tu), tapi saya tak pandai nak prepare sangat, praktikalnya hancuss. Masa tu beli breastpump Pureen jer sebelum deliver.. heheheh.. sebab terfikir, buat apa beli mahal-mahal kan.. asal boleh pam sudah. Rupanya..apa yang saya fikir tidaklah semudah A B C. Punyalah tak pandainya saya nak pam (masa tu guna untuk meredakan bengkak breast). Susu tak keluar-keluar, akhirnya saya yang letih. Lepas tu minta suami saya beli pam lain yang murah juga.. saya ni pun bukan tau sangat pam branded ni.. tau pam biasa2 yang ada aje. Pun tak jalan.. sampai saya terfikir.. matilah aku nak pam untuk buat stok nanti :) Berpantang pula di kampung, dengan orang sekeliling yang sibuk minta saya supply susu formula membuatkan saya menitiskan air mata. Saya tak ada moral support melainkan dari husband saya!
Bagaimanapun saya tidak putus asa. Pedulikan kata-kata orang, saya tekad juga mahu bagi susu ibu sepenuhnya sehingga terdaya. Hari ke 50, dalam perjalanan pulang ke rumah, saya minta suami berhenti di Anakku Kluang. Di sana saya beli pam bateri brand My Dear (kalau tak silaplah..). Sebab, itu pam bateri yang paling murah dan saya beranggapan pam bateri ini senang.. ceteknya pemikiran saya masa tu. Masa tu dah rasa ok sangatlah pam tu. Dan pam bateri itu berjasa juga pada saya selama hampir 5 bulan walau saya rasa seksa juga asyik nak replace bateri yang selalu sangat kong. Lepas tu, susu saya berkurang kerana tekanan dan perubahan hormon mengandung lagi agaknya. Betapa tidak bijaknya saya kerana tidak pandai membuat stok banyak-banyak. Pam hari ini, esok guna. Hari minggu tak pam. Lama-lama 'Alawi semakin kuat menyusu, susu nak pam pun tak ada. Apa-apa pun saya redha, setakat itulah rezeki pengepaman saya, selepas itu saya bagi 'Alawi minum susu soya dan kadang-kadang menyusu susu badan yang sedikit ini, walau orang ramai tak bagi sebab saya mengandung kan.. tapi saya tanya doktor.. dia kata ok je selagi tak memudaratkan saya, baby dalam perut dan 'Alawi. Ini benar-benar pengalaman berharga yang saya kenang sampai bila-bila insyaAllah..
Ok, semasa anak kedua, Aisyah pula saya sudah mula membuka mata. Juga balik dari kampung hari ke 50, saya mula risau belum membuat stok susu. Sampai rumah, pam pun saya tidak sedia lagi, kena pergi kedai cari. Korek-korek pam yang lama, sudah rosak motornya, dah lama tak guna kan. Ingatkan nak guna yang lama ajer.. nampaknya saya terpaksa menangguh pengepaman. Beberapa hari lepas tu, saya ke Guardian di Batu Pahat untuk mencari pam. Cari kat Guardian tuh.. ekekkeke.. nampak pam Avent dengan harga RM 219. Masa ni, saya sudah tahu serba sedikit tentang brand pam. Lalu cakap dengan suami, saya nak beli pam Avent, biarlah pam manual pun tapi dah tersohor sebagai pam yang efektif. Lalu, Avent Isis Manual menjadi milik saya dan saya pun mula membuat stok. Masa untuk saya masuk bekerja tidak sampai pun seminggu hehheheh. Dan Alhamdulillah, saya tidak salah pilih pam. Walaupun pam manual, tetapi jauhhhh kali kali ganda lebih baik dan lebih produktif dari pam bateri saya yang lama. Ada hikmahnya motor pam tu rosak. Aisyah saya susukan secara ekslusif selama 6 bulan, lepas 6 bulan saya dah agak ketinggalan dalam proses mengepam dan terpaksa juga supply susu soya. Masa ni, saya sudah ter'kena' dengan sikap tak buat stok banyak-banyak. Rugi.. rugi.. Pam Avent memang bagus dan tidaklah mahal mana dibandingkan dengan fungsinya. Pengalaman silap pilih pam ini saya sampaikan kepada rakan-rakan yang ada semangat untuk mengepam susu, dan ada antara rakan saya yang memang memuji-muji pam ni! Value for money ok! Pengajaran kedua bagi saya.. stok mesti kencang!
Ini kali ketiga dan saya mahu menyusu ekslusif permata hati dan amanah Allah untuk saya. Benarlah, manusia akan banyak belajar melalui pengalaman. Saya sudah 41 hari dalam pantang, walau saya belum menyediakan stok, saya sudah ready alat-alat yang perlu. Pam Medela Harmony saya beli dengan harga RM199 (pam Avent telah saya bagi adik. Itupun dah tak berapa elok lagi). Saya lebih suka beli online kerana banyak pilihan dan banyak review dan tak payah susah-susah keluar masuk kedai mencari sesuatu yang entah ada entah tidak. Saya sudah basuh cup dadih (untuk isian 2 oz), sudah get ready loytape khas untuk tag susu, insyaAllah esok saya akan mula mengepam. Satu lagi, jika sebelum ini saya 'rimas' menyimpan susu dalam peti ais satu pintu (which is saya kena betul-betul asingkan antara lauk pauk dengan susu), kali ini saya tidak mahu teragak-agak membeli deep/chest freezer. Mana tahu, itu menjadi motivasi saya untuk menyimpan stok yang mencukupi kan. InsyaAllah lepas 44 hari saya akan mendapatkannya. Sementara tu susu akan saya isi dalam peti ais lama dulu. Sebelum ni saya ada cita-cita untuk membeli deep freezer, tetapi suami saya menegah kerana kami tinggal di rumah staf. Masalah nanti jika mahu berpindah. Sekarang, saya di rumah sendiri. Suka hati nak beli besar mana pun dan suami saya sangat memberi sokongan! Thanks my husband! Dialah yang sentiasa menyokong usaha saya tanpa banyak soal banyaknya kos yang saya perlu keluarkan. Target saya.. sekurang-kurangnya 200 ebm 2oz sebelum mula bekerja. Harap tercapai.. amin.. dapt 100 pun satu rahmat yang amat besarlah tuh..
Kenapa saya susah-susah kan nak bagi anak susu ibu? Nantilah saya cerita.. dan saya juga diduga awal-awal menyusu Rifaie. Nanti saya buat entry khas.. ngantuklah.. muarggagagaghhh..
No comments:
Post a Comment