Pages

04 July 2009

Kembali ke rutin asal

Bismillah..

Permata hati Ayah, Ummi, Atuks, Neneks, Mak sedaras, Pak sedaras, Tok sedaras :D

3 hari saya sudah mula bekerja. 3 hari juga saya kembali semula ke rutin asal 2 bulan yang lalu.. pagi-pagi buta siapkan anak-anak, hantar ke nursery, petang ambil. Macam tu lah selama 5 hari. Tetapi memandangkan saya sudah kembali normal (heheheh dah tak mengandung kan), maka tugas semakin bertambah-tambah. Adatlah.. anak dah tiga kan.. :) Buat semuanya dengan senang hati dan gembira.

Awal mahu menghantar anak ke nursery, saya sangatlah sedih. Terutama mahu berpisah dengan baby. Rasanya anak saya yang ketiga ni banyak berkepit dengan saya. Maklumlah.. saya banyak duduk di rumah dengan dia berdua sahaja. Minum botol pun dia tak nak sebab nak train harapkan suami yang balik lepas Isyak tu tipulah. Alhamdulillah.. pengasuh di nursery yang banyak pengalaman meminta saya membeli puting khas untuk baby ala-ala puting B. Syukur sangat-sangat sebab tiada masalah untuk Rifaie menyusu botol hari pertama dia di nursery.

'Alawi dan Aisyah pun sudah semakin besar. 'Alawi sudah petah amat bercakap. Cekap juga meniru perbuatan Umminya.. heheheh. Itu yang tak tahan. Suami saya selalu menegur.. minta saya kawal marah.. anak-anak ikut kata nya. Memang pun.. 'Alawi marah Aisyah macam saya marah dia. Adeh.. buruk benor aku marah. Aisyah pun sama. Parenting skill kena perhebatkan lagi nampaknya. Ikut style suami saya.. tak payah marah. Marah lagi penat.. kata dia lah.. :P Senang hidup orang lelaki ni kan.. heheheh. Dua-dua tu awal-awal nak ke nursery kelat-kelat masin muka. Hari kedua, tak sabar-sabar.. 'Alawi kata ramaiiii kawannn Ummiiii.. :) Alhamdulillah.. itulah doa saya, semoga Allah permudahkan semuanya sekaligus menghilangkan serba sedikit rasa bersalah dan sedih saya kerana terpaksa meletak mereka di bawah jagaan orang lain. Guess what??! Saya berusaha sekeras mungkin untuk tidak lambat mengambil mereka. Pukul 5.30 ptg paling lambat saya siap-siap untuk ke nursery. Nursery dalam 5 minit boleh sampai kalau kereta tak banyak la.. Setakat 3 hari itu bolehlah.. Minggu depan sudah mula kuliah. Jika melihat pada jadual rasa sangat stress kerana sangat banyak kelas. *sigh* Ramai yang mahu sambung PhD susah nak lepas kerana tenaga pengajar memang tak cukup dan student makin ramai. Saya cuma berharap saya masih mengekalkan tidak kerja lebih masa Amin.. kerana ku selalu sangat terbabas.

Bertambah anak, bermakna bertambah tanggungjawab. Saya cuba sedaya upaya tidak memarahi mereka dan saya memang tidak suka guna kekerasan rotan untuk mendidik mereka. Walau kadangkala suara saya amat lantang sampai dengar dek jiran, tetapi saya elak untuk memukul mereka. ketap gigi je la.. heheheh ('Alawi pandai ikut.. bertuah betul!). Panduan saya ni.. buku Dr Fadzilah kamsah. Beli dah lama tak ingat di mana, tetapi baca kerapkali. Bukan macam baca novel, dah siap suruh dia bertapa kat rak.. hehhehe. Buku ni Alhamdulillah kulitnya kental kalau tak entahlah.. elok untuk menjadi penyejuk jiwa (selain Al-Quran laaa..) tambah-tambah bila susah sangat nak kawal anak-anak sedang membesar ni. Yang ada buku lain.. boleh share ngan saya? Boleh saya beli buat koleksi.


2 comments:

Ibu Aunis said...

yolah banun..kalo marah mmg tambah penat. saya plak terbalik keadaan. Suami saya rajin marah la. Saya pun ada, tapi jarang2 cuma kalo marah ha ko mcm monster je saya rase...

tapi apapun kena tgk keadaan gak kan. HArap2 kite marah bukan sebb kite nk melepaskan tekanan kite. MArah dengan sebb dieorg yg salah. tp tulah bile kite letih, sebeanrnya kite marah sbb nak melepaskan tekanan kite. Nama pun manusia.

La ni anak2 saya (include la si kecik) tu dah pandai tiru gaya marah suami.Kakak plak lagi petah (sbb die dah pandai sebut kan..adik bunyi sama jer) sepatah2 tiru gaya suami..cth suami saya selalu bengang kalo pagi2 budak2 ni merengek..nnt mesti die sebut " ha..mula..mula..mula nak buat perangai eh semua!"...kami terkejut bila si kakak mula ckp pada adik bila adik mula wat perangai.."ha..mula..mula..mula..mula ape bu?" hahaha...die tak tahu nak sebut "buat perangai"..terpaksa si ibu menyambung...ehehe...adikpun diam..sbb takut kena jentik..hahaha..

senorita_2012 said...

Lawak la si kakak. Dapat dibayangkan.. heheheh.

Far.. tu la. Saya cuba untuk tak marah sebab ada tukang ikut.. 'Alawi suka sangat ikut gaya saya marah.. adeh la.. hahah.. kadang tu nak tergelak pulak..