Pages

13 December 2009

Aisyah

Bismillah..

Siti Aisyah. Anak kedua. Perempuan tunggal (setakat ini). Dulu sangat indipendent. Sejak dapat adik, saaaaaangatttttt manja. Sejak menyambut hari lahirnya yang ketiga, hari-hari tak nak ke nursery. Hari-hari Ummi kena pujuk.. 5 minit sahaja sebab Ummi selalu lambat heheh (macammanalah kot ada kelas pukul 8 nanti?). Tantrum makin menjadi-jadi. Boleh menangis berjam-jam lamanya jika tidak dipujuk dengan penuh kesabaran. Dia tergugat dengan Rifaie yang semakin hari semakin 'mengganas'. Buktinya? Jika tinggal mereka berdua (dengan pengawasan 'Alawi.. cheh), Tak lama lepas tu Rifaie akan menangis.. tak kena cubit, kena gigit, kena debik, kena tindih. jadi, saya sangat jarang meninggalkan dia bersama Rifaie walaupun adanya 'Alawi yang memang macam harapkan pagar jer lah.. (dia pun kecil lagi nak faham erti tanggungjawab..;)).

Walaupun saya tahu, ia satu proses anak-anak yang ada perasaan 'iri' bila mendapat saingan (baca: adik), namun saya tidaklah memandang enteng. Saya dan suami seboleh mungkin tidak cuba memilih kasih pada siapa-siapa. Semua sama.. siapa salah, kena tegur, termasuk Rifaie (melampau kan? tapi kalau tak Aisyah jeles sebab adik tak dimarah). Dan, Aisyah saya minta dia sentiasa jadi pembantu saya untuk mengambil diapers Rifaie, sediakan towel dan minyak apabila saya menyalin si Rifaie (lepas tu habis minyak dia lumur satu badan.. hissshhhh).

Emmmm.. dulu-dulu 'Alawi juga begini. laaagilaahh sebab 'Alawi baru berusia setahun ketika kami menerima kehadiran Aisyah dalam keluarga. Dan.. saya menyusu kedua-duanya ketika itu! Anak-anak, satu amanah. Semoga kami dapat menjaga amanah ini sebaiknya. Amin..

No comments: