Pages

17 December 2009

Doa awal dan akhir tahun --> MA'AL HIJRAH!

Bismillah..

Saya ingat bahawa esok adalah satu Muharram. Tetapi saya hampir lupa doa akhir tahun dibaca selepas Asar hari ini. Pagi-pagi lagi En suami telah masukkan sesuatu dalam handbag saya.

"Jangan lupa baca lepas Asar nanti, baca doa akhir tahun"

Saya? Sedang memilih baju batik mana satu (ada 2 jer pun.. bilalah nak bertambah baju batik ni? Dah wajib pakai setiap khamis wooo) yang nak dipakai minggu ini. Cepat-cepat saya menghadam pesan En suami dalam kepala tanpa menjenguk apakah yang dimasukkannya.

Di pejabat saya melihat semula isi handbag. Ada kitab "Amalan Awal Muharram dan Hari Asyura". Terima kasih Abang.. So, kawan-kawan, mari kita berpesan-pesan. Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun. Perbanyakkan amalan. Semoga tahun-tahun mendatang menjadikan kita dan umat Islam lainnya lebih baik dari segi ilmu dan amalan.

"Sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal."

No comments: