Pages

26 December 2009

Naza Talya Hotel - Malacca

Bismillah..

Bersiaran dari Melaka. Yeay! Semalam perjalanan memang banyak kenderaan. Tapi since kami tak mahu cari penyakit lalu highway PLUS.. just lalu jalan biasa tapi best jer jalannya. Dari Bp ke Muor dan terus masuk lebuh AMJ. Lebuh AMJ tuh memang best sebab jalan ok dan ala-ala highway tapi tak penuh sangat.

Hari ni dah namanya ikut suami meeting.. maka duklah dalam bilik bersama anak-anak yang Umminya lupa-nak-bawak-mainan. Huhuhu.. habis dicontengnya dinding bilik. Mujur sikit jer sebab cepat perasan tah hapa benda yang di buat. Ada can keluar rasa nak gi beli lah apa-apa sebab dia bosan agaknya tak buat apa-apa just ngadap tv dan Ummi jer.. jap lagi bolehlah bagi main apa-apa yang dalam internet ni dulu.

Anyway.. ni kali kedua duk kat Naza hotel. Kali ni dah ada nama tengah 'Talya'. Memang boleh pujilah.. servis memang bagus sama macam yang lepas-lepas even makin bagus. Dan biliknya pun selesa since Rifaie macam best jer menyusur ke sana-sini sebab lantainya 'kayu' bukan carpet atau tiles.

Esok dah balik. laagii best sebab rumah sendiri tetap tempat terbest kannnn.. hehehhe..

No comments: