Pages

27 January 2010

Ge ge ge

Bismillah..

Tajuk entry tak boleh nak fikir apa.. haha!

Seronok tengok buku teks (hehehehhehe) 'Alawi yang banyak-banyak dan gambar-gambar.. dalam masa yang sama sungguh kasihannnnnn anak-anak zaman sekarang sebab kena belajar sungguh-sungguh macam budak dah masuk sekolah rendah. Hari-hari ada homework.. sampai en suami geleng kepala sebab tak sanggup nak sambung separuh masa kedua lepas Ummi puas menahan sabarrrr menunggu 'Alawi siapkan homeworknya. At last.. well.. memang tak siap (Mesti cikgu dia ingat kami tak guide 'Alawi kan *sigh.. ok jangan fikir apa orang kata).

"Hari-hari ada homework ke? Susah la macam ni.." Err.. ini rungutan en suami.

"Agaknya dia yang tak siapkan kat sekolah kot.." Suara saya. Be positive.. be positive.. jangan salahkan cikgu.

Kadang-kadang iya juga sebab cikgunya kata 'Alawi asyik senyummmmm je bila dia suruh buat kerja. Hmmmm.. mat senyum tu dah mula nak tunjuk 'rajin' dia macam biasa la tuh.. Macammana kerja tak bertimbun.

"Ha.. tulah! Manjakan sangat anak tuh.. dah dia buat ikut suka dia jer.." Saya pula dimarahnya.

Sesiapa yang terbaca boleh bagi cadangan apa saya nak buat supaya dia boleh siapkan kerjanya dengan jayanya? Satu yang saya terfikir, nak ambil 'Alawi dari sekolah, gi makan, then duduk dalam ofis saya untuk siapkan kerjanya supaya tak membawa ke malam. Malam dia sibuk nak main legolah.. Tapi ada pro and cont.. sekarang banyak meeting petang, susah juga nak tinggalkan dia sorang.. bahaya pun yer.. he's only 4 y.o la.. kat nursery dia ada jadual lain petang.. dan satu lagi.. nak beli meja kecil untuk dia duduk buat kerja.. sekarang asyik meniarap atas katil.. which is sangat tak proper dan penat. Hailohhhh.. susah ma.. rasa kena discuss ngan cikgu dia juga jangan bagi banyak kerja kat 'Alawi (erk? boleh ker).

Satu perangai 'Alawi.. bila dia dah tahu sesuatu, dia dah taknak buat.. contoh.. dia dah pandai control mewarna.. so.. dia dah tak nak warna sebab dia dah pandai.. hmpppppp.. sama macam suruh kira, dia dah tak rajin nak kira sebab dia dah tau.. hmmmppppp.. err.. dia ikut perangai siapa nih? *wink.. *wink.. Garu kepala kami suami isteri.. yerlah.. cikgu suruh mewarna banyak kali supaya dia expert kan.. alahai..

Di pejabat.. err.. kalau orang pentadbiran perang mulut dan kita pulak macam menjadi yang ditengah.. nak buat apa yer..? Saya tak mahu memihak pada sapa-sapa asalkan tidak mengganggu tugas saya, tapi sometimes apa yang sebelah sana kata ada benarnya, cuma di sebelah sinu agak degil juga. Ohoho.. setakat ini saya menjadi pendengar sahaja.. ohohoho.. tak mahu campur dan memburukkan keadaan.

2 comments:

Ibu Aunis said...

maybe byk sgt kot keje sekolahnye..byk da dgr komen makbapak pasal ank kecil masuk tadika 4-5thn, tp homework byk..

ade yg baru balik dr sini, masuk tadika 5thn kat mesia bole komplen, "tak suka teacher..byk homework"..kat sini, demam2 pun sibuk nk gi skolah, pegi berlenggang, balik pun sama...huhu..mcm mane tu..prestasi..not bad juga..

baya2 alawi ni byk main jer..dlm main tulah belajar..tu yg tk bawak balik keje kot..tahla..kena kaji ni..

Hamba Allah said...

hehe..betul2 kate Ibu Aunis...anak2 kwn sini suke g skolah..sebab x de keje..g maen..hoho...tak tau pe jd kt afham..mcm tu gak kot...ammar x bernasib baek..umurnya 4 thn ketika kami nk balik nanti..x smpt masuk sekolah sini daa