Seronoknya jika saya dapat istiqamah dalam jadual harian. Orang putih panggil consistant. Heh! Bangun waktu sekian-sekian, buat tu ini, settle semua dalam hari itu, istiqamah dalam mengikut waktu solat, solat-solat sunat, istiqamah juga dalam mengikut jadual kerja, dan macam-macam istiqamah kepada kebaikan. Mahu menjadi lebih baik dari semalam kan?
Dulu-dulu saya selalu mengimpikan istiqamah dalam study. Penyakit 'last minute preparation' yang menjadi barah dalam diri memang sukar terhakis. Hmmm.. InsyaAllah, saya mahu didik anak-anak dengan 'early preparation' yang saya terapkan sedikit demi sedikit, hari demi hari, tahun ke tahun. Bagi yang sudah biasa istiqamah dalam kehidupannya, tiada masalah. Namun tidak pada saya yang bolehlah dikatakan diasuh dengan cara begitu. Jadi, semuanya perlu didikan dari rumah yer.. :)
Jom.. setapak lagi. Buang sifat 'last minute', yang perlu mungkin 'plan B' haha! Bersemangat setiap hari!
3 comments:
ralat: menjadi sebaik-->menjadi TIDAK sebaik
kadang2 kan banun, early preparation tu menjadi sebaik last minute keje...ini kisah benar...ehe..tapi tidak la dalam kes2 mengulangkaji pelajaran ye anak2..;)
cth bila buat programming..ade masa 2 minggu..buat dr awal..lombab je den rase...dah dekat2 date line tu..pheh..mencurah2 idea..camno tu eh..
Ada org mmg dilahirkan bila dalam tekanan die mampu buat yg terbaik...apepun usaha tangga kejayaan!
haha.. siap ada ralat tuh.. :P
yer.. memang saya antara manusia yg suka last min prep sebab idea mmg mencurah2 hihi. TAPI ingat tak masa master.. last min punya writing? ingat tak Far teman saya tidur di fakulti?.. kekekekek. berani sungguh kita sampai tahan diri janganlah terbuang air.. saya masih ingat sangat kenangan diri sendiri yang menghampehkan diri sendiri.. hahah! tanak ulang dah insyaAllah for my PhD.. aminnn..
Post a Comment