Pages

02 February 2010

Senang

Bismillah..

Alhamdulillah.. tenang-tenang sahaja walau dengan list kerja-yang-tak-tahu-nak-buat-macammana bertambah nampaknya dan hanya segelintir yang sudah dipotong menandakan telah settle. Huhu.. Ada pula sesuatu yang saya tidak patut kongsi dengan orang tertentu telah saya terlepas kata.. huhu lagi. Adeh! Lepas ni kena fikir betul-betul sebelum story mory.. *garu telinga (habit Rifaie).

Apabila ditanya dengan orang yang pernah memegang jawatan 'orang pertama' di pejabat bagaimana mahu buat belian alat ganti (since saya baru sangat terpaksa-cebur dalam bidang perolehan-pembelian-bajet-etc-uwekkkk), maka jawapan yang saya terima.. ooo.. tanya je Kak ***** (kerani akaun), dia tau semua.. hehehhe.. what do you expect 'orang pertama' akan buat semua benda tuh? Hey! They all ada kerani ok! Apalah saya ni. But, saya selalu ingat pesan emak saya (yang juga kerani akaun sekolah), sebagai ketua, kita perlu tahu proses, dokumen, akaun dan segala yang berkaitan supaya ketua lebih tahu dari kerani. Sebab kerani cuma 'melaksanakan arahan'. Hmmm.. jika satu hari nanti takdirnya kita jadi orang atasan, sebenarnya kita perlu tahu semua. Bukan perlu buat pun sebab kerani yang buat, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh jadi pakar rujukan. Saya cuba implementkan sekarang walau terkedek-kedek sebab saya memang tak minat dan cukup meluat melihat semua berkaitan kewangan.. but no choice sebab takkan nak harapkan technician makmal yang buat pulakkan? Err.. kadang-kadang saya pass kerja sebab saja nak bagi kerja.. dari duk melangut berborak baik saya bagi dia kerja kan? Kekekek..

Mahu senang hidup? Eheheh.. senang di dunia, adakah kita akan senang di alam kubur nanti? Nabi-nabi, Sahabat, Tabiin, Salafussoleh.. alam kubur mereka adalah tempat berehat sebelum alam akhirat. Usaha mereka di dunia pun bukan calang-calang usaha.. What do you expect? Adakah dengan bersenang-senang di dunia kita akan dapat bersenang-senang di dalam kubur? Ok.. sila buat kerja.

No comments: