Hari ini.. pagi-pagi semua mahu mengamuk. Mula-mula saya cool sahaja.. tapi bila Aisyah mula menanggalkan seluarnya sebab nak pakai diapers.. wah! geramnya! Kami puas paksa dia untuk tidak perlu pakai diapers lagi.. sudah 3 tahun umurnya. Di nursery.. dia memang sudah pandai tidak pakai diaper.. di rumah.. puas paksa.
Masuk kereta, Rifaie pula buat perangai.. Alahai.. aura si Aisyah kena pada dia pula. Duduk tak nak, berdiri pun tak nak.. mengamuk.. saya sudah tidak fikirkan tudung yang renyuk (dah lah ada kelas pukul 0830). Rupa-rupanya dia mahu menyusu.. Padahal saya sudah bagi dia menyusu sebelum saya siap berpakaian pejabat tadi. Huh.. tarik punya tarik bergelut dengan sit belt mahu bagi dia menyusu.. krakkk!!!! Huh?
Tidak sampai beberapa saat.. Rifaie terlelap. Tidaklah dia mahu menyusu sangat.. cuma nak main jer untuk dia lena tidur. Cheh! Saya sudah merasa-rasa tepi jubah seluar saya.. macam banyak jer yang tertetas. Kuat sangat kot saya tarik tadi.. sebab dah mula pagi mood tak baik kan.. terus semua macam ganas jer.. Lepas hantar 'Alawi ke sekolah dan mahu hantar Aisyah dan Rifaie ke nursery, saya bangun. Alamak! Tetasnya sampai atas! mau dalam 7cm.. mak aiii.. tak sanggup nak buat tak tau jer nak jalan depan orang.. kelas pukul 0830.. ada lagi 30 minit untuk saya buat apa-apa yang patut. nak balik jauh sekali.. jalan ke rumah jam tadi sebab ada accident (well accident adalah normal di jalanraya maut ini yer..), meligat saya cari idea. Ada 2 perkara yang terlintas dalam otak.. 1. Staple (hahah!) 2. Jarum peniti. Kebetulan ada jarum peniti lebih di pejabat dan ada 2 jarum peniti di tudung saya. Sampai pejabat, saya cuba staple.. ok sia-sia. Mana boleh staple kain. Saya cuba pula sematkan jarum peniti. Saya guna 3 jarum peniti.. ok.. settle. 0830.. ke kelas.. huhuhuhuhu.. nak betulkan mood? Berlaku baiklah pada suami anda.. :) Kejap lagi en suami akan bawakan jarum dan benang.. nak menjahit pulak.. haha!
No comments:
Post a Comment