Pages

27 April 2010

Serba salah

Bismillah..

Kadang-kadang, bila rakan yang rapat dengan kita melakukan kesalahan etika.. hmm.. saya selalu berharap saya tidak berhadapan dengan situasi ini. Saya tidak pandai mahu menegur orang, apatah lagi mahu menghukum atau memarahi seseorang atas kesalahan yang dilakukan. Senang cerita, saya tidak boleh jadi ketua dengan perasaan 'tidak sampai hati'. BUT.. sometimes.. we have to.. *sigh

Allah takdirkan saya menerima emel yang tidak dijangka dari pelajar saya. Sehari saya peram emel itu.. berfikir, perlu atau tidak saya memberitahu orang di atas saya. Terus terang, saya tidak tahu siapa punya 'kerja'. Tidak juga menyangka orang yang agak rapat dengan saya sehinggalah diberitahu. Akhirnya, berat hati saya terpaksa juga bawa perkara ini ke pengetahuan ketua, kerana sudah banyak kali berlaku tanpa bukti. Saya cuma katakan pada dia, tolong nasihat siapa yang berkenaan dan saya tidak kisah jika dia mahu beritahu emel itu pelajar saya yang bagi. I want everything CLEAR. Stop.

Serba salah dibuatnya. Sebagai manusia.. kita ada peraturan. Di dalam kerja, kita ada etika. Sebagai pensyarah, banyak etika kena jaga sebab ia melibatkan hubungan kita dengan ribuan pelajar. Hampir 7 tahun menjadi pensyarah, banyak perkara saya belajar dan menjadikan saya seorang yang matang dalam bertindak. Saya telah berjumpa rakan saya itu, tidak sampai hati mahu 'bertanya'. Ya Allah.. buanglah rasa serba salah ini..

No comments: