Pages

22 April 2010

Susah

Bismillah..

Bila assign sesuatu kerja kepada yang wajar membuatnya, susah juga mahu dapat hasil. Adakala hasilnya sudah ada, cuma diperam entah buat apa saya pun tak faham. Bila disuruh email, dijawabnya 'ok'. Bila ditunggu-tunggu, lama sangat agaknya email mahu merentasi wayar yang ada. Tugasnya sudah jelas saya rasa. Tidak sebagaimana kami (para pensyarah) yang perlu bermula dari 'zero' to 'hero'. Saya cuma assign kerja yang sangat mudah dan boleh dibuat hatta oleh budak sekolah rendah sahaja. Sejam boleh siap apa.

Hmmm.. saya tidak mahu men'tensen'kan diri. Kata sudah pergi team building.. takkan pergi 'main-main' jer kan tanpa boleh korek apa yang tersirat. Pada pandangan saya yang tak pergi ni, selain dari mengeratkan silaturrahim, sepatutnya bolehlah 'memudah'kan kerja masing-masing dalam satu team.

Mudahkan kerja orang lain.. supaya Allah mudahkan kerja kita. Amin.

No comments: