Pages

21 May 2010

Jumaat yang berkat

Bismillah..

Semoga keberkatan Jumaat ini menjadi milik semua.

En suami mentazkirah mengenai keberkatan masa. Sedar tak sedar.. sudah tiba hampir setengah tahun 2010. Rasa baru saja akhir tahun 2009, dengan kata lain, baru saja usia mencecah 30.. hehe..

Masa kanak-kanak dulu, rasa jika dari pagi sampai malam macam-macam boleh buat. Emak kalau bangun seawal Subuh hari, boleh masak sarapan, basuh baju (basuh tangan di perigi), sidai baju, kemas rumah, masak tengahhari (sebelum Zuhur dah siap-dulu rumah kami mana ada peti sejuk, blender, parut kelapa) dan macam-macam kerja yang kalau zaman sekarang buat mesti sedar-sedar dah malam.. Sekarang, segalanya ada mesin. Kelapa pun dah siap jual santan! Pun masih terkejar-kejar..

Itulah keberkatan masa. Allah tarik keberkatan masa dari umat semakin menghampiri hari Akhirat..

Nota: Hmm.. tulis entry pendek macam ni pun dah 1/2 jam.

3 comments:

Ms.Lilies said...

sungguh banun.
bangun subuh je tau2 dah malam.
si zara pun cakap...kan kita baru tido...dah malam balik ke?

senorita_2012 said...

Ha ah.. budak kecik pon terasa.. apatah lagi kita yg duk leka buat macam-macam..

Aku_tulip said...

senorita betol tu....akak pon rasa cm tu..