Manusia sering berubah. Istiqamah memang agak sukar jika tiada kesungguhan. Hati berbolak-balik.
Kerana itu majlis ilmu itu penting (sekurang-kurangnya bagi saya) untuk menjaga hati. Kembali kepadaNya. Namun, mahu ke majlis ilmu bukan mudah. Mencari majlis ilmu satu kerja, bila sudah ada, kita pula tiada kelapangan.
Saya gunakan kelebihan alam maya ini untuk mencari alternatif lain. Bagaimanapun tidak boleh sebarangan. Jadi, saya cuma membaca yang santai, mudah dan memberi kesan pada hati :)
No comments:
Post a Comment