Alhamdulillah.. 15 paper sahaja lagi untuk saya tanda. Bagi seseorang yang amat terkesan dengan rutin ini (seperti saya), ianya sesuatu yang dinanti. Wah! Tidak sabar mahu mengetahui overall result yang pelajar dapat. Bukan saja mereka yang berdebar, para pensyarahnya lagilah. Jika result tidak memenuhi piawaian, siaplah dengan report yer!
Hari ini Pahang cuti hari hol. Apa kaitan dengan saya sebab saya berada di Johor? Saya anak jati Pahang! Heh! Setiap kali cuti hari hol Pahang, setiap kali itulah cuti (selagi sultan yang memerintahnya sama) dan setiap kali itulah Hari Lahir Ayah saya!
Semoga Allah merahmati Ayah yang sentiasa berkorban untuk anak-anaknya.. Amin..
No comments:
Post a Comment