Pages

25 June 2010

Pembantu rumah

Bismillah..

*Ingatkan mahu update petang-petang sikit. Tapi bila baca blog Prof Kamil, rasa nak juga update.. keh.. keh.. Esok-esok bila dah tak dan nak berblog, bolehlah baca blog sendiri yang tah hapa topik tah ni!

Saya tiada pengalaman dengan pembantu rumah untuk diceritakan. Masa dulu, saya dan adik-adik dijaga ibu-ibu saudara sewaktu Ayah dan Emak kerja. Owh.. duduk serumah dengan Atuk dan Nenek (tapi Nenek lumpuh), jadi tiada masalah. Bila pindah rumah sendiri, waktu itu adik yang paling bongsu dah lahir, ada 'suara-suara' menyuruh Emak saya ambil pembantu rumah atau waktu tu rata-rata panggil 'orang gaji'. Emak saya ni agak tidak suka ada orang lain dalam rumah. Ye lah.. anak ramai.. 9 orang. Bilik pun kongsi-kongsi. Penuh. Nak sedia satu bilik untuk orang gaji? Hahahh.. sendiri mau ingatlah.. Masa tu saya dah duduk asrama, dan bila Emak dan Ayah kerja, adik-adik kecil masih dihantar ke rumah emak saudara. Atuk dan Nenek sudah pun meninggal waktu itu (baru saja meninggal). Banyak kisah tentang 'suruhan manusia-manusia' supaya Emak ambil pembantu rumah sampai masam muka.. tapi Emak saya ni agak tetap pendirian orangnyer.. heheheh..

Perangai Emak, turun pada kami adik beradik. Saya mahupun Kak Ngah (adik), tiada sesiapa yang pernah menyebut mahukan pembantu rumah. Akan datang, wallahua'lam. Adik-adik yang lain belum berkeluarga. Yang ketiga lelaki, bakal bertunang insyaAllah.. itupun 'bakal'nya macam kami. Boleh urus rumah sendiri insyaAllah. Kawan-kawan suami saya ada juga cadang-cadangkan, kononnya mengambil pembantu rumah lebih jimat. Iya? Saya tidak pernah mahu mengira. Tapi kalau sekarang entahlah.. RM800 tu dengan apa-apa syarat tak masuk akal tu jadi ke? Saya tak tahu. Suami saya juga tidak gemarkan pembantu rumah. Masalah aurat katanya.

Ada kelebihan mempunyai pembantu rumah. Mungkin suami saya bolehlah panjang langkah sikit. Ke mana-mana majlis ilmu, tak perlu teragak-agak untuk tinggalkan kami anak beranak sebab ada yang membantu. Tak perlu teragak-agak lagi mahu ke kursus luar kerana kasihankan saya yang terpaksa melayan karenah si manja Rifaie yang membuatkan 'Ummi tak boleh buat apa-apa selain dari mengulit Rifaie'. Apa lagi tah kebaikannya saya tak boleh fikir.

Keburukan.. hahahhahah.. pannnnjannnnggg listnya. Macam-macam saya fikirkan. Takut. Saya sendiri sebagai ibu pun nak duduk dengan 3 orang anak yang memang semua benda nak explore boleh jadi singa betina kelaparan wahahhah.. apatah lagi orang yang tiada 'hubungan darah' kan? Marah ibu, pukul ibu kerana sayang. Err..bebel ibu pun sebab dia sayang kan? Kalau orang lain? Ada dia fikir semua tu?

Jadi, sehingga saat ini saya tidak merancang mahukan pembantu rumah. Biarlah susah senang kami bersama. Suka, marah, sedih.. hanya dalam hubungan keluarga. Seronok jika bukan orang lain yang mencampuri urusan keluarga kita.. itu pandangan saya lah. Lain orang, lain pandangan yer..

Nota: Agak-agak kalau pembantu rumah saya mesti tolong jaga anak je kan? Saya tak suka orang lain kemas rumah saya dan saya tak suka orang lain memasak di dapur saya (kecuali emak dan emak mertua saya lah). Wahahah.. gemuk lah kannn..

3 comments:

Ms.Lilies said...

pembantu rumah skrg mcm2 kes...ngeri je bila baca/dgr

Ibu Aunis said...

setuju! sayapun telah berniat jikalau sesibuk manapun, saya tak mahu ada 'bendasing' dalam umah saya. biarlah umah sya tunggang langgang..asalkan saya tidak menunggang langgangkan umah org lain..hihi..ye dak..ape nak kisah..;)

tu niat sehingga detik inilah..tidak saya tahu kot2 hati saya berubah esok lusa bergantng pada situasi yg mungkin tidak terjankau dek akal fikiran saya kan...tapi so far, itulh niat saya..

lgpun saya tak bape risau kot selagi suami setia dgn saya..(chewaaah..setia tu), insyaallah saya dah ade 'pembantu' yg mudah2han kekal hingga ke akhir hayat..amin..

adeh..nak writing satu part..tu yg terpanjang plk kat sini..
sowi..

Hamba Allah said...

hihi...nyibuk ke maid tu..susah nk bersuka ria dlm umh sendiri..control..x kuasa denn