Pages

07 June 2010

Sukaneka

Bismillah..

Julung kalinya nursery 'Alawi, Aisyah dan Rifaie menganjurkan sukaneka. Buat pada hari Sabtu, 5 Jun. Alhamdulillah, kami menghadirkan diri walaupun ada program fakulti haha! Macam tak biasa ponteng kannn.. eh eh.. dah weekend je lah hari dengan keluarga. Kalau dah 30 hari sebulan untuk kerja jer kan.. apa kes kan..

Saya dalam mode 'sakit'. Sakit betul-betul memang tak tipu. Asalnya dari demam. Tapi sebab demam, susu badan berkurang (mungkin kot) dan lanjutan dari tu Rifaie tak puas nyusu dan dia sangat refuse untuk minum susu botol bila saya ada dengan dia waktu malam, so dia bangun malam banyak2222 kali.. Maka saya dah lah demam, tak cukup rehat, maka.. penyakit yang sangat saya cuba elak datang.. sakit badan+sakit kepala yang mengjemkan seluruh urat saraf.. mata akan mengantuk asyik tertidur dan memang sakit kepala tak tahu nak cakap macam mana.. solution.. KENA BERURUT.

Ok.

Pagi kami bertolak.. itu ini sana sini, memang tersasar jauhlah dari jadual eheh.. tapi sebab pukul 7.30 acaranya senamrobik maka kami lewat pun tak apa. Bukan apa, saya dalam keadaan kesakitan tu rasa nak ke sukaneka tengok anak-anak buat persembahan, lepaskan si Aisyah ambil bahagian jap then rasa nak cabut jer gi urut. Sampai jer, rupanya senamrobik baru nak mula. Haishhh.. tunggu pulak dah.. nak makan, memang confirm akan keluar balik. Bagi Rifaie je makan. Lepas tu ucapan.. doa.. bla bla.. kepala makin berdenyut eheh.. barulah persembahan. Gagahkan diri ambil gambar dan video. Kenangan budak-budak..


Persembahan

Habis persembahan anak-anak diberi makan dulu then sambil tu ada cabutan bertuah. Cabutan bertuah ni banyak hampernya. Selang seli dengan acara. Masa tengah sibuk-sibuk bagi makan, terdengar nombor kami disebut. Wah! Bertuah juga yer! Tuah orang sakit kot.. dapatlah hamper satu. En suami pergi ambil. Gambar tak sempat ambil sebab saya dikelilingi anak-anak yang sibuk makan. Selesai makan, mulalah acara sukaneka. Aisyah ada masuk acara 'lontar meteor'. Senang jer, kutip bola, masukkan dalam bakul. Satu group 2 orang. Ini untuk kanak-kanak Taska usia 3,4 tahun. Namapun budak-budak, ada yang kutip bola, melilau berlari nak letak dalam bakul orang. Haishhh. Aisyah dan kawannya pulak, punyalah control ayunye.. aduhai.. rasa nak tolong kutip jer bola tuh. Akhirnya, dapatlah tempat last. Tapi still ada hadiah.


Lontar Meteor

Acara sukaneka banyak. Ada kategori anak-anak Taska, anak-anak bukan Taska dan Taska (terbuka kanak-kanak), ibu-ibu, bapa-bapa dan ibu bapa. Setiap kategori ada 3 permainan. Kira banyaklah dengan masa dan tempat yang terhad. Ingatkan nak masukkan 'Alawi dalam kategori terbuka, tapi sakit kepala saya dan Rifaie pula sibuk nak menyusu, langsung saya pun melepek dalam nursery. Tapi 'Alawi rasanya dah habis have fun dah.. siap tak nak balik. Masa saya melepek (Rifaie pun dah tidur masa ni), en suami ada masuk acara 'Merebut Mahkota'. Nama kemain lagi.. acaranya rebut kerusi jer. Wah! Tuah orang kecik.. heheh.. menang tuh! Siap luka-luka.. tapi saya tak tengok. Tak ambil gambar juga. Tahap kesakitan dah kronik. Bila dah habis semua, last sekali penyampaian hadiah.. dah dapat hadiah kami (hamper Aisyah dan hamper en suami), saya pun ajak pergi berurut. Entah mungkin rezeki orang lain, makcik yang biasa saya pergi berurut tak ada. Maka, saya kata pada en suami, bawaklah ke sapa-sapa yang ada. Punyalah teruk.. saya tak sedar sepanjang en suami bawa kereta. Kalau dia pecut berapa pun saya tak tahu.. Sedar-sedar dah sampai rumah Makcik Tukirah.

Dengan segala kekonpiusan.. main aci redah en suami tanya ada tak makcik tu. Alhamdulillah ada. Rupanya dia dah nak berangkat ke Makkah esoknya. Maka dengan ikutlah apa-apa pun, saya berurut.. harap-harap oklah sebab ada tukang urut yang tak serasi dengan badan ni. Dipendekkan cerita.. dah ok.. dan dah aktif semula habis segala ceruk saya kemas esoknya yer.. eheh.. Alhamdulillah..

 Menahan sakit

Nota: Adeh.. lecehnya entry panjang.. malas tul.. ala-ala tulis report pulak. Kalau boring, sila abaikan.. keh..keh.. (sebab i pon  boring baca).

2 comments:

Ibu Aunis said...

ni namanye entry carca marba..(lintang pukang la sng cite). Kesimpulannya, entry ni dibuat ketika si penulis sedang berserabut tetapi hajatnya besar utk update blog kan? Biasanya kite ni update blog dgn perasaan kan...hehe

hahaha...saya pun kalo entry lintang pukang bila baca ni maknya otak tgh tak center...as long berupdate kire oklah..;)
p/s:Tapi saya baca abes entry awak ni cuma kepala saya yg mmg tgh serabut ni tersentak, eh dah abes ke aku baca ni? hahahhawau tul saya ni ;)

senorita_2012 said...

ha ah.. caca marba.. kenapa jadi camtu? Hahahahha.. sebab entry ni dibuat 2 hari terganggu-ganggu. Maka.. saya dah lari mood menulis (cheh!).. Keh.. keh..