Pages

07 July 2010

Berubah

Bismillah..

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada mereka sendiri" (Surah Ar-Raad ayat 11)

Dalam era akhir zaman ini, kita perlu berubah. Berubah ke arah kebaikan. Senang nak tulis dan cakap (owh lagi senang untuk ditaip). Praktikalnya belum tentu.

Alhamdulillah, setakat hari ini saya bukanlah sukar sangat menerima sesuatu yang baru. Buka minda. Tetapi tidak bermakna saya sesenangnya menerima dengan redha dan tidak berfikir dulu. Ada perubahan, membawa kebaikan.. tidak kurang juga yang membawa keburukan. Jika sudah pasti akan menjerat dan menyusahkan diri sendiri.. kenapa nak implement juga? Pelik.

Mungkin keadaan "mahu sambung PhD" yang membuatkan saya tidak mahu susah-susah lagi. Kenapa dulu kemasukan ke universiti begitu ditapis? Sekarang macam senang mahu ke universiti.. seolah lambakan sijil Ijazah. Bukan mahu mempertikaikan ke'bijak'an generasi kini, cuma generasi spoon feed amat ketara sangat-sangat. Ada yang sangat bagus, tapi macam mencari permata dalam lautan kaca. Susah.

Semester baru.. tiba. Saya seakan hilang mood untuk menjalankan tugas hakiki. Hilang mood kerana rasa sedih mahu menghadap keadaan pelajar yang setiap semester hanya tahu mengharap tips exam dan kalau boleh sebiji-sebiji soalan mahu diperincikan. Bosan. Ajar pula subjek Calculus.. haishhhh.. Saya tidak wajar merungut. Ya.. tidak patut. Abaikan. Semoga ada kebaikannya nanti. Amin..

Nota: Fail pengajaran belum setup. Alat tulis belum mohon. Dulu-dulu 2 minggu sebelum saya sudah sediakan. Wah! Wake up! Wake up! Jangan malas-malas!

2 comments:

Hamba Allah said...

salam kak...aduhai..entry akak ni...MENYERAMMKANNN....x pe la kak.....pelajar makin pandai..pekerja makin riak dan sombong...semua org dah DI LUAR TABIE....itulah.....petanda2..akhir zaman...moga2 kita sama2 dijauhkan..dari menjadi manusia seperti itu....ya allah....lindungilah diri....n dirimu..kak banun.....n kuarga masing2

senorita_2012 said...

tak seram aihh.. cuma cam biasala.. kita kan suka jer membebel ttg bdk2 ni dulu.. sem lepas lagila ziha.. tah mana diorg dpt no hp, asyik sms request nak gred itu ini.. gilo ke hapa? akak tak layan punn.. maleh nak pikir.. kalau pasal tips lagila.. kalau boleh sampai ke setiap inci soalan nak tau.. letih.

pening rasa pikir apasalla bdk2 ni cam tu? ke kita yg dulu tak proaktif nak mintak mcm2 ngan lesturer? kalau rajin dtg jumpa oklah juga kan. tapi ni yg tah makhluk asing mana tiba2 sms nak itu ini.. grrrr..