Bismillah..
Lama saya tidak post apa-apa. Masa saya amat terbatas sekarang. Ada sahaja yang perlu diselesaikan dan diutamakan dahulu. Sedar-sedar, sudah tiba waktu kelas dan saya hanya sempat buat sedikit revision sebelum masuk mengajar.
Hari minggu, jiran pula ada kenduri, maka tolong rewang, en suami macam biasalah ada saja program di universiti (hmmm.. ), kemas rumah, basuh itu ini, sana sini, beli barang harian.. tup tup dah hari Ahad malam dan perlu tidur untuk bekerja esoknya. Rasa banyak benda belum siap tapi dah kena kerja semula..
Dalam pada itu saya bersyukur, pelajar saya semester ini rajin datang bertanya. Alhamdulillah. Walau masa saya terbatas bila mereka sentiasa mahu bertandang ke bilik, saya doakan yang terbaik untuk masing-masing. At least, USAHA itu ada.
Nota: Minggu ni audit.. wahahahha.. uruskan lab la pulak..
3 comments:
salam....akhirnya akak muncul...selamat beraudit ye...cececeecee
hmmmmmmmmppphhh.. buat-buat takde jer time audit.. keh.. keh.. macam tak biasa.. hahah
huhu..tu la...nk audit pun bgth...memang lar org lariiiiiiiiiii
Post a Comment