Bismillah..
Sepatutnya saya ada kursus hari ni. Kursus Penulisan Buletin. Sudah pergi. Tunggu setengah jam, baru penceramah jemputan hadir. Saya tidaklah kisah. Beliau berkongsi pengalaman beliau berkecimpung dalam bidang penulisan. Saya kira orangnya masih muda tetapi dah memang penulis (bukunya terbitan PTS, bukunya saya sangat tahu tapi penulisnya saya tak cam nama.. ), ayat dan tutur katanya amat teratur. Tenang tapi tidak lambat. Boleh lihat website nya di sini. Walau saya terpaksa menghadiri kursus ini seorang diri (rakan yang lain menarik diri kerana ada komitmen dengan kuliah), saya gagahkan juga hati meredah kerana alasan paling ketara --> mahu cukupkan 40 jam latihan setahun. Sebab kedua, saya terlibat dalam penerbitan buletin fakulti dan nyata saya sangat memerlukan ilmu dalam bidang ini. Itu sahaja.
Sebaik mendengar briefing penceramah jemputan, rasanya saya sangat bersyukur kerana mendaftar. Sangat seronok. Santai.. dan tidak terbeban. Kelebihan orang sastera saya kira. Dan alasan saya ke kursus ini automatik bertukar kepada 'saya mahukan pendedahan kepada penulisan'. Hahahah..
Tapi tahu apa yang berlaku? Emmm.. briefing selama lebih 30 minit itu lah hanya menambat hati kami. Rupa-rupanya kursus dipinda ke tarikh lain yang belum pasti. Huhuhuhu.. gigih kan penceramah datang tapi kursus cancel. Mungkin peluang briefing itu buat penceramah dan buat kami, para peserta yang masing-masing akhirnya mengeluh kerana sedang bersemangat.
Nota: Namun.. ada hikmahnya kerana sabtu ini para pelajar ada ujian 1. Saya juga mendengar keluhan mereka bila saya nyatakan hari ini dan esok, saya terlibat dengan kursus. Ianya tidak begitu. Aturan Allah amat sempurna.
Nota2: Eh.. perasan tak ayat saya hari ni ala-ala sastera? Keh.. keh..
2 comments:
salam....SASTERA la sgtt...aduss..rajin akak..teruskan kerajinan mu itu...kerana selepas ni saya akan mendiamkan diri dari segala aspek, kak..saya sudah fobis dgn manusia kt situ...sungguh.....kak...tulunnn
Manusia kat mana? hahha.. saja jer ziha.. cari2 kerja.. korg dah sambung belaja mmg kena duk diam2.. sbb nanti bila balik kena jadi pentadbir keh.. keh..
Good luck ya Ziha..
Post a Comment