Bismillah..
Ramadhan semakin menghampiri. Semoga beroleh keberkatan dalam bulan yang mulia ini. Amin..
Bercakap tentang niat (bukan niat puasa heh!). Bekerja, niat kerana Allah. Pelaksanaan juga perlu seiring. Jika mulut niat kerana Allah tapi kelakuan kita agak kelaut, maka betulkan niat (peringatan buat diri sendiri).
Saya masih ingat sewaktu awal-awal menjadi pensyarah. Amat terbeban. Terutama bila terpaksa ajar subjek baru. Namun dulu bukan macam sekarang. Dulu subjek baru sampai 2 satu semester.. kelas setakat 3 kelas tu biasa lah tu.. Namun bila lihat semula masa yang lepas, saya bersyukur kerana itu. Sangat bersyukur. Ia menjadikan saya seorang saya kini (maaf ler ayat tak tersusun.. err.. orang math kan.. hehehh). Walau waktu tu amat tunggang-langgang, nak fikir nak deliver kuliah dengan baik pun sipi-sipi jer, lebih pada study, study, study. Hahah.. Bila dah banyak sangat nak buat, maka kita main games dulu.. keh.. keh.. (sungguh mengarut).
Namun Alhamdulillah. Saya tidak perlu lalui semua itu lagi. Sekurang-kurangnya mungkin sehingga saya menyambung PhD. Maka, bila ada yang senasib (owh.. mungkin nasibnya lebih baik.. kerana boss sekarang sangat memikirkan beban para pensyarah).. maka.. hulurkan tangan ringankan beban.. hehehhehe..
Nota: Motif entry? Emmmm.. buat diri sendiri, sila betulkan niat dalam membantu. :)
No comments:
Post a Comment