Pages

03 September 2010

Kenangan puasa

Bismillah..

Sudah pukul 12. Hari ni, saya pulun menanda kuiz pelajar. Harap-harap siap, key in markah dan boleh saya pulun buat soalan tutorial dan bahan kelas intensif. PnP.. PnP.. PnP. Harap settle sebelum cuti, dan naik cuti saya mahu berjadual seperti biasa. Lengkap segala tugas.. bukan PnP sajo.. huhuhu.. Amin..

***

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang 'buat apa saja kena marah belakang kira'. Anak-anak dulu bukan macam sekarang. Dulu, TV tak seberapa, setakat cerita Moero Attack ker.. syok la. Habis-habis budak lelaki tengok Transformer. Tak pun ada juga kartun yang saya suka.. GiGi (??? Ye kot.. heeheh). Jadi, dapat main di tanah (luar rumah.. lebih best luar kawasan rumah) amatlah seronok. Komputer pun tak kenal masa tu. Mesin taip tau la.. itu pun sebab Ayah dan Emak selalu guna.. (biasalah.. Ayah cikgu, Emak kerani..)

Saya dulu bersekolah agama di Endau. Sekolah agama Johor (atau guru besar masa itu sebut sekolah igama.. tak tau yer.. tanya dia kenapa :P). Seronoknya di sana, kami sekumpulan amat glamour (haha! best la sangat tu) sebab dari negeri Pahang. Masa ni eksyen betul sebab tak ambil tau langsung lagu negeri Johor. Budak-budak Endau nyanyi kami pekup telinga.. hahah! Asyik gaduh jer dengan budak Endau sebab diorang kata kami menumpang. Saya masa ni budak-budak lagi.. dah masuk tingkatan satu baru sopan dan tertib dan pendiam. Tapi tingkatan satu saya sudah tidak bersekolah agama sebab saya masuk asrama di Jengka. Sekarang, kena nyanyi lagu negeri Johor pula.. anak-anak semua lahir Johor.. tapi.. saya tak hafal pun lagu negeri Johor.. keh.. keh..


Masa bulan puasa, kami kanak-kanak riang ni ada satu kebiasaan. Bawa saputangan yang tebal (kain jenis tuala), basahkan dengan air dan lap muka. Bila kering, pergi toilet, basahkan semula, lap lagi muka. Wah! Macamlah panas sangat kan.. tapi rasa segar aja muka. Mujur juga sekolah agama 1 jam setengah saja. Yang peliknya, masa sekolah kebangsaan, tak ada pula buat macam tu. Mungkin sekolah agama kena waktu petang kot.. hmmmm..

Nak dijadikan cerita, satu hari.. entah macam mana, kami (berlima rasanya-budak Pahang) pergi toilet sama-sama. Basah-basahkan tuala, lap muka, main-main air sebab rasa sejuk jer (time puasa kan), eh.. lupa agaknya tu waktu kelas. Bukan.. sebenarnya waktu tu ustazah sedang tasmi' budak lain menghafal. Jadi, free sikit. Kami-kami ni memang dah awal-awal lagi di tasmi'. Biasalah.. golongan minoriti memang efektif.. :) Tiba-tiba, sedang seronok main air.. ustazah datang sergah! Bawa rotan pulak tu! Aduhai.. masing-masing dapat hadiah sebiji. Beserta tazkirah. Masuk bab kami basah-basahkan tuala dan lap muka. Ha ha!

Bulan puasa juga, seronok bagi saya. Petang-petang, boleh ke kedai runcit yang selang 2 buah rumah untuk beli air botol. Ada perasa banana, apple dan lain-lain. Botol kecil, harga 40 sen. Tapi bukan hari-hari.. seminggu sekali saja. Bulan puasa saja ada peluang macam tu. Upah puasa :)

p/s: Wah! Berjaya update tanpa 'mouse'. Mouse saya telah tamat riwayatnya pagi ini. Untuk orang yang dah biasa dengan mouse, ketiadaannya sangat membantutkan usaha saya mahu menaip. Leceh hohoho guna jari..

3 comments:

Ibu Aunis said...

oooo budak2 pahang ni naik lemak eh..seb baik saya tak skolah endau..mesti saya pun jadi taiko budak2 johor..pertama, saya nak suh korang hafal lagu johor okay!! hahaha..

actually saya budak baik dari tadika, sek. rendah, sek. menengah dan separa baik bila masuk uni...tu yg saya rasa tak bape best pengalaman skolah saya...huh..tak minat lgsung nak ulang zaman skolah. takde kenangan! huhuhu...almaklumla tak bape campur org..:)

Ibu Aunis said...

alamk mcm ter riak plak..hahaha..pembetulan budak baik dalam erti kate tak la bercampur sgt ngan org. Main2pun ngan along sendiri je..:)

senorita_2012 said...

ho ho.. kenangan tuh.. sometimes, suka pegi sek agama lagi dari sek kebangsaan sebab sek keb serius ngat esoecially dah dekat upsr..

kawan2 yang duk gaduh tu la jadi kawan baik.. heheh.. tapi sekrg dah tah mana-mana tah.

Far, hidup Far mesti bes jer.. cuma untungnya saya sebab saya budak kampung.. Far budak bandar.. hihi.. kalau nak cerita zaman kanak-kanak, memmmmangggg banyak sangat kenangan. Cuma bila sek men dah kureng sikitla.. dah jadi baik sopan santun.. hihi.. saya tak baca ayat Far dalam nada riak pun.. memang Far baik pun, Fuaada juga.. saya jer.. huhuhu..

eh.. macam skema?