Bismillah dan Salam..
Baca suratkhabar hari minggu, kisah pendermaan organ. Tersentuh, kerana saya bayangkan senarai mereka yang menunggu pendermaan organ itu anak-anak saya. Rasanya, apabila telah menjadi ibu, serba-serbi tentang anak kita sensitif.
Pagi tadi, MHI membicarakan isu yang sama. Kerana sekarang adalah kempen pendermaan organ. Rasanya banyak kali saya tanya en suami, hukumnya. Jawapan tetap sama, harus. Saya tanya lagi, tentang bagaimana organ yang tidak ditanam, soal jawab dalam kubur dan apa lagi tah yang saya pening sendiri apa kaitannya. En suami --> tak terkata. Agaknya dia fikir apa kena tah isteri dia nih.. keh.. keh..
Oklah.. macam biasa, bila saya nak tahu juga, saya serahkan pada Allah, kerana yakinlah Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Pemurah. Alhamdulillah.. mungkin juga bersempena kempen kesedaran pendermaan organ ini, bloh Saifulislam membicarakan hal ini di sini. Siap ada link borang. Then, langkah seterusnya? Sedia?
2 comments:
salam kak...best bace entry akak kali ni, saya baru jap tanye yus, nak ke dia derma ? dia jwb...boleh aja...saya betulkan soalan saya..derma tu..maksudnye...if ditakdirkan kita mati kat rumah (mati biasa)dan adakah kite kene hntr jenazah ke hospital semata2 utk pengambilan organ dan bw balik jenazah ke rumah utk disimpan ?..yus jwb..owh mcm tu x bule la....haaa....mcm mana ni kak....cuba jwbkan sikit (yela...org2 kg kalo dibuatnye keadaan mcm tu jd,mau haru biru....pelik ajaib...tertanye2 diaorg tu..)
hahah.. yg tu kena tanya yayasan pendermaan organ.. keh.. keh..
akak pon tgh fikir2.. tambah2 fikir tak ke melambatkan urusan jenazah. tapi fikir balik, semua tu urusan Allah kan.. emmmm.. tak cukup ilmu deh..
Post a Comment