Bismillah wa salam..
Minggu terakhir kuliah. Tekanan kuliah sudah berkurangan. Markah kerja kursus juga tinggal sedikit sahaja untuk saya lengkapkan. Namun tugas lain sudah tergedik-gedik menanti. Heh!
p/s: Kawan-kawan yang bijak bistari, jika anda submit paper untuk conference, ikutlah format yang diminta penganjur ya kawan-kawan.. ikut juga tarikh-tarikh yang diberi.. siannnn ajk mereka. Bukan paper kita saja yang perlu disemakkan? Ada ratus-ratusannnn lagi yang perlu dilihat, diubah, dibelek. Bukan apa.. nanti ada silap dalam buku prosiding kita rasa nak marah kannnn.. ehehehhehe.. *ini peringatan untuk saya juga.
Mudahkanlah urusan orang lain. InsyaAllah Allah permudahkan urusan kita.
Seronok bekerja untuk seminar sebenarnya. Sungguh sebagai ajak kecil saja, pengalaman itu yang penting. Memandangkan kami universiti kecil, organisasi kecil, ramai pula yang telah cuti belajar, maka kerja-kerja berkisar sesama kami sahaja. Saya tahun ini berpeluang bekerja dalam mengedit dan menerbit buku program dan abstrak serta prosiding. Seronok tugasnya.. cuma apabila bercampur aduk dengan tugas menanda kertas ujian hari tu, agak tergendala sikit sebab tarikhnya setara.
Apa-apapun.. JOM! BUAT KERJA!
3 comments:
salam kak...selamat berseminar...sakit kepala ni..berasappp.....aiyoooooooo......tolonggggggggggggg
sini tak sakit kepala.. cuma lemas jer.. heheh
lemas tu bahaya gak kan...mcm2 la kehidupan kerja ni..kalo leh nk ja berhenti keje dok umh jaga anak2 n suami..kekeke..tp gaji nk masuk BANK ye.....
Post a Comment