Bismillah..
Musim Haji tiba lagi. Rasa baru saja menghantar ibu dan bapa mertua ke Kelana Jaya, rupanya setahun telah berlalu. Kami ada juga menghadiri majlis kenduri/rumah terbuka jemaah yang bakal berangkat ke tanah suci dalam masa terdekat ini. Ada rasa syukur dan seronok di wajah mereka, membuatkan saya rasa bahagianya mahu ke sana, bila agaknya tiba giliran kami. Moga Allah mengizinkan saya, suami dan emak dan ayah saya mengunjungi Baitullah dalam masa terdekat.
Satu persoalan yang saya utarakan pada suami,
"Kenapa bila mahu menunaikan Haji, mesti buat kenduri? Bukankah ia agak menyusahkan mereka yang mahu pergi dari segi tenaga dan kewangan?" (Ini soalan secara logiknya saja.. bukan sebab malas atau kedekut).
Ini jawapan en suami,
"Kita buat kenduri, niatkan sedekah. Mahu bagi orang ramai makan.. di situ insyaAllah ada ganjaran di sisi Allah. Lebih elok, sebelum ke Makkah, war-warkan pada orang. Bukankah setiap orang yang datang itu mendoakan kita? Seorang doa semoga kita dapat haji mabrur, sorang lagi doa kita diberi kesihatan dan kekuatan dan macam-macam doa-doa kebaikan dari orang lain. Kita perlu ingat, kita juga mengharap doa orang lain dalam hidup ni (saya apply ini jika mahu sambung PhD, insyaAllah). Jika tidak, tak kanlah bila kita mati salah satu yang tinggal adalah doa anak-anak yang soleh (ini saya tambah)."
Sekadar berkongsi. Moga serba sedikit ada manfaatnya.
3 comments:
senorita.....selamat hari raya....
akak pon pernah terpikir...nape mesti nk buat kenduri nk gi haji..tapi soalan seatakat angin lalu jer (tanya dlm hati sendiri jer...)...betol apa ustaz ckp tu..tak terpikir plak akak...
----kita satu tempat keja...insya'allah klu terjumpa dimana2 akak tegur..(akak malu sebenarmya...akak bukan staf akademik...)
Laaa.. malu apanyer.. staf uthm juga.. ustat pun bukan staf akademik apa haha..
Saya pun pemalu orgnyer.. kdg2 mungkin akan nampak sombong.. tapi sebenarnyer malu nak tegur orang..
jemput ke rumah, boleh kenal2..
Insya'allah.....
Post a Comment