Pages

03 November 2010

Cakap

Bismillah wa salam..

Mahu cepat. Pukul 9 ada meeting. Habis saja minggu kuliah, setiap hari ada agenda meeting. Pagi petang adakalanya. Makanya, kerja-kerja yang patut siap, perlu dibuat di rumah. Sangka baik, ia melatih saya menghadapi study PhD. Bila? InsyaAllah.. Saya sudah rindu mahu study semula. Syok! (Bila takde tekanan syoklah! keh.. keh..)

Cuma nak cerita, perihal 'Alawi. Banyak cakap, banyak tanya, dan kalau cakap dia semua orang kena pay attention. Puas juga ngajor.. bila Ummi dan Ayah bercakap, jangan nyampuk. Eh.. esok buat lagi. Takpalah.. pelan-pelan.. ibu bapa zaman sekarang banyak consideration. Kalau Emak dan Ayah saya dulu, jegil mata aja kami semua tutup mulut.

Satu hari, masa pulang dari kerja, kami lalulah jalan yang sama sebanyak 2 kali. Jalan masuk rumah saya tu memang penuh kenderaan bersimpang siur. Sebab kawasan kampungkan.. Lalu kali pertama, sorang amoi bawa motor, dengan selamba keluar dari parking ke tengah jalan tanpa menghiraukan kereta kami yang sedang melalui jalan tersebut.

En suami: Eh.. eh..
En suami terkejut. Mujur cepat elak.. kalau tak langgar aja lah.. dahlah dia bawa budak kecil.

"Oooh.. pompuan" 'Alawi kata. Selamba.

Saya dan en suami puas gelak. Ha? Tu sapa yang selalu cakap macam tu?

Tak jadi balik, kami round ke kawasan Pura Kenchana (cari makanan pun ya), maka, masa balik sekali lagi terpaksa lalu jalan tu juga.

Tiba-tiba, seorang pakcik bawa motor juga keluar tiba-tiba. Brek lagi.

En suami: Apalah pakcik ni!
Saya: Tah nya.. agaknya motor-motor kat sini ingat dia besar sangat! Kalau kena langgar kan menyusahkan orang!
'Alawi: Janganlah marah orang tu.. sian dia. (Dengan muka selamba)

Adoi! Tak jadi marah.. gelak je lah. Anak.. anak..

p/s: Anak-anak cermin diri kita sebenarnya.

No comments: