Pages

19 December 2010

Off

Bismillah wa salam..

Title tu asal ada je lah yek.. hihi

Kami sekeluarga di Melaka. Melaka lagi? Iyo.. baru 2 minggu lepas di Melaka. Melaka lagi. Dulu, en suami meeting. Kali ni I meeting. Emak saya kata, apa dah takder tempat lain asyik2 Melaka jer? Hehehhe.. tak tau eden nak jawab. Ikut yang buat paper work la kot..

Disember memang bulan sibuk. Serba-serbi. Review pelaksanaan perancangan sepanjang tahun dibuat Disember. Planning untuk tahun depan juga Disember. Tahun ni tambah susah payah seminar. Tambah lagi result nak kena settle. Tambah lagi urusan pendaftaran dan persediaan kelengkapan sekolah anak-anak (haishhhh.. rasa tua pulak anak-anak dah sekolah.. heheh). Time ni juga, nursery budak-budak ni nak kena reregister (apa ada perkataan ni.. lantak). Sibuk masa, sibuk juga poket. hahihu. Tambah lagi semua orang sibuk nak kahwin. Sepupu kahwin 26 Disember ni di Penang. Awal-awal minta maaf dengan Emak tak mau pegi. Nak angkut barang angkut orang banyak-banyak kali tak larat.

Disember, bulan kami anak beranak sebenarnya. 'Alawi lahir 3 Disember. Aisyah, 8 Disember. Saya pula 20 Disember. Rifaie, geng dengan en suami. Bulan Mei. Aturan Allah.

Di sebalik semua itu, Disember sebenarnya, menandakan tahun ini sudah tiba ke penghujung. Entah saya sorang kot rasa betapa cepatnya masa berlalu. Rasa-rasanya baru saja tamat degree (boleh? hehehhe). Sedar-sedar dah hampir 10 tahun meninggalkan waktu itu. Kenapa degree bukan master? Mungkin kerana waktu master singkat sangat. Tak terjangkau dek akal nak terkenang-kenang. Dulu-dulu selalu terfikir, siapalah yang jadi suami saya? Macammanalah rupa anak-anak saya? Ha.. dah terjawab dah pun. Sekarang terfikir.. macammanalah keadaan bila meninggal nanti? Bila? Wallahua'lam. Yang pasti, ia akan tiba, tidak cepat atau lambat.

Oklah. Nak tidur. Esok mula pagi. Terima kasih Ya Allah kerana peluang ini. Sekarang, apa jua yang dilakukan, suka atau tidak, tukarkan ia kepada peluang. Terutamanya jika ianya peluang untuk lebih dekat  dengan Allah :)

1 comment:

Hamba Allah said...

alhamdulillah....semoga semuanya selamat