Bismillah wa salam.
Sudah beberapa hari hujan, terus menerus. Jika berhenti pun hanya beberapa kali. Saat ini, hujan telah berhenti. Namun mungkin akan kembali lagi.. terus-terusan.. Saya sukakan hujan.. sejuk, nyaman dan membawa kegembiraan.. dalam beberapa keadaan.
Paras air di parit Sri Gading sudah di paras hampir melimpah. Longkang-longkang di universiti juga telah penuh, malah tasik tempat aliran air longkang ini juga hanya menunggu masa untuk mengairi kawasan sekitarnya. Heh! Adakah kejadian 2006 bakal berulang? Wallahua'lam. Pihak pengurusan telah melakukan perubahan demi perubahan, penambahbaikan dan pelbagai usaha yang proaktif termasuk meninggikan jalanraya dan beberapa kawasan rendah sebagai langkah-langkah mengatasi banjir.
Namun atas segala itu, kuasa Allah mengatasi segalanya. Berdoalah semoga kita semua tidak ditimba musibah ini. :)
p/s: Risau.. jika banjir, maka akan berlaku anjakan minggu kuliah. Test juga bakal dianjak. Subhanallah. Saya cukup risau test ini. Menangani hampir 920 pelajar sebagai penyelaras sangat menyesakkan dada saya. Moga semester ini berakhir dengan jayanya. Namun, saya bersyukur kerana mendapat 4 lagi rakan pensyarah yang very komited dan memudahkan tugas saya. Alhamdulillah.
4 comments:
Assalamualaikum...lama akak tak komen kat blog ni..tapi sentiasa mengikuti perkembangan blog Senorita...
Apa² pon tahniah...ari tu dapat cemerlang kan...
ya...akak pon risau..takut banjir 2006/2007 berulang..tapi siapa kita kan...
assalamualaikum kak,
harap semua sihat. doakan kami, wpun tak banjir, sejuk pon boleh jadi x sihat juga....winter blm mau pergi lg..sejukss sejuksss.....
Aku_tulip: Alhamdulillah.. hujan dah kurang.
Ziha: Yer.. sejuk terlampau mmg tak sihat. Winter sampai bila?
kak..sejuk gaban ni entah le bile nk berakhir....kalo ye pon summer ni bln 7...panas..tp panas2 pon..sejuk gak..adehh x reti nk describe kak...gitu la....ikutkan..winter 31 oktober---end mac tiap2 tahun..lps tu dikira summer la...ye kot..adehh x reti lah...
Post a Comment