Bismillah wa salam..
Pasar pagi, pasar petang, pasar malam.. heheheh. Pasar lambak.
Dulu-dulu, masa belajar di UTM, suka saja ke pasar malam. Beli macam-macam makanan, sambil-sambil cuci-cuci mata heh! Mana tau kan terjumpa sapa-sapa ex schoolmate yang walau satu universiti, nak bertembung setahun sekali pun payah. Maka pasar malam (atau pasar ramadhan jika bulan puasa) salah satu platform untuk kami-kami berjumpa. Boleh pulak!
Setelah kahwin, saya jarang ke pasar-pasar begitu. Pergi pasar basah beli lauk tu adalah. Tapi sejak duduk Sri Gading, dah jarang. Sebab di situ ada pakcik jual ikan yang fresh!, ayam yang disembelih dan dijual oleh pak bilal kampung situ dan sayur-sayuran saya beli di Carrefour sebab sukakan saladnya. Setakat bawang, lada etc, samaada beli di Carrefour atau beli kedai runcit depan rumah. Maka, sudah lama tidak menjejakkan kaki di pasar.
Pasar-pasar lambak bukan kegemaran en suami.
"Ramai ngat orang, rimas!"
Katanya bila saya ajak singgah mana-mana pasar. Lagipun, Rasulullah tidak menyukai pasar. Pasar malam setiap sabtu di simpang Sri Gading tu pun, kami pergi sebulan sekali mungkin kot, itupun beli makanan cepat-cepat dan balik.
Terkecuali semalam. Semalam cuti Thaipusam. Kebetulan hari khamis ada pasar pagi di pekan Parit Raja. Saya pujuk en suami singgah. Tujuan saya mudah, saya mahu mencari tudung Aisyah.
"Eeee.. cepat sikit, ramainya ummat!"
Suara en suami. Bukan saja dia, saya juga rasa lemas terutama bahagian pasar basah. Tapi beli juga ikan kembung beberapa ekor. Cukuplah. Weekend ni beli dengan pakcik tu (selain segar, dia tolong siang walau ikan kecik tet pun.. heheheheh! dasar ___ betul!).
Ok. Tujuan beli tudung Aisyah masih belum lupa. Saya mahu cari tudung syria yang kecil untuk dia. Tudung tu kemas dan cantik bila budak kecil pakai. Jumpa! Ya, ada saiz budak-budak.. harga RM8 sahaja. Berbaloi dengan kain yang cantik dan jahitan yang kemas. Saya borong 3 saja.. padankan dengan baju yang dia ada. Lain kali saya datang lagi ye! Heh! Lain-lain, beli stokin budak-budak - 4 untuk RM5 kekekek.. dan mainan haishhhhh. Saya cuma beli kerongsang dan 2 sticker dinding RM2 satu. Tak banyak yang kami beli, tu boleh ingat.. hehehehhe. En suami, beli keropok segera jer udahhh. Air.
Bila dah balik.
'Alawi: Ummi ni.. asyik beli barang Ummi jer. Bilanya nak beli barang 'Alawi ni?
Saya tengok dia yang sedang mengelek mainan otroman 5 ekor, ada raksaksa lagi, pistol etc yang baru saja dibeli tadi. Mainan dia jer boleh beli 12 pasang stokin.
Saya: Tu apa tu? Jatuh dari langit?
Tanya saya sambil tunjuk mainan.
'Alawi: Eh? Heehheh.. (sambil berlalu takut kena fire dengan Ummi pulak).
Haiiii.. mudah lupa pulak dia yer!
6 comments:
askm...........nahhh amikkkk..kang dh kene dgn budak comel tuu..kiki...kelakor je..adehh..sini x de pasar kecuali car boot sales...hohoho..
hikhikhik...kena fire ngn ummi! garangnya ummi.
ziha: tu yg syok tu.. heheh
far: yer.. ummi mmg garang!
kak..x de maknenye syok sgt..saya lg rindu dgn pasar malam...segala pasar2 yg ada kt sanunnnn...owhhh bosannye kenkadang...mau cabuttt...tp ingat BOSS sorang tuu..adehhhh aku dok sini selamanya buleyyyy dak...ahaks.............
Ziha: Our boss is ok lah. Think the positive side.. :)
askm kak..upss...ex-boss daaa....
Post a Comment