Ummu
Beberapa minggu lalu saya habis membaca buku ini
pic: google
Kemudian, beberapa hari lalu habis pula buku ini
pic: google
Review? Saya sukakan buku travelog. Jadi, pasti saya sukakan semua buku ini. Heh! Saya mahu cuba membaca buku biografi terutamanya para alim ulama dan penbesar-pembesar negara/dunia. Wah! Makin berat. Bila tu, entah.. sebab bila beli buku, saya mesti nampak novel dengan buku-buku travelog saja. Bila nampak buku biografi, bajet dah tak ada.. hehehehhe (alasan).
Buku Secangkir Teh Pengubat Letih, berkisarkan Turki. Terus terang, walau saya membaca buku ni berminggu-minggu (nota: saya membaca hanya pada waktu menyusu Rifaie dan mahu tidur), setiap kali membaca, saya seolah-olah berada di Turki. Ia ditulis dengan sepenuh hati. Jika kita selalu membaca, kita akan tahu jika penulis menulis dari hati, atau sekadar mengejar dateline. Dari hati, terus ke hati.. sama seperti ceramah. Sama juga seperti kita mengajar. Sama juga seperti tulisan di blog.
Buku Rindu Bau Pohon Tin, berkisarkan kembara penulis sebagai pelajar di Jordan. Ia juga menusuk ke hati saya.
Antara dua, saya memilih Secangkir Teh Pengubat Letih. Padat.
Sekarang, saya sedang membaca ini
pic: google
Buku Haji Muda, saya baru mula membaca. Sebelum ini saya sudah membaca buku tulisan Dr Ridzwan ini di sini, very informative. Dan, gaya penulisan akademik. Heheheh. Sepertimana buku-buku Prof Muhd Kamil.
'Alawi
Anak saya ini belum pandai membaca. Sukarnya mengajar dia membaca, hanya Allah sahaja yang tahu. Rupa-rupanya, mungkin belum sampai masa. Kini, 'Alawi berminat dengan ejaan. Huruf di buku yang bersambung-sambung ditatap dengan penuh minat. Sila bersabar dengan setiap pertanyaan dia tentang bunyi-bunyi sukukata. Jap lagi tanya lagi. Bila saya dan en suami mahu bercakap, tapi tidak mahu anak-anak tahu, kami terpaksa mengeja. Dan, 'Alawi mula terkumat-kamit mengikut huruf yang saya sebut. Lepas tu tanya apa bunyi dia. Heh! Dah tak jadi rahsia pulak dah.
Apa-apa pun, saya telah berjanji untuk membeli dia buku cerita banyak-banyak bila dia sudah pandai membaca. Eh? Ni nafsu mak ke anak? :P



No comments:
Post a Comment