Pages

15 March 2011

Cuti sekolah

Bismillah wa salam..

Cuti sekolah sudah bermula. Seminggu. Sejak anak-anak sekolah (walaupun PASTI jer.. hihi), saya dah bolehlah sikit-sikit tahu bila cuti sekolah. Itu pun dah dekat-dekat cuti baru tau.. keh.. keh.. Alhamdulillah. 'Alawi cuma ada satu homework, tu pun dia dah siap-siapkan awal-awal (tahun ni dia semangat buat homework, tapi homework pulak tak berapa ada). Aisyah pulak ada baaaanyakkkkk homework yang baru siap mewarna saja, ada lagi berhelai-helai muka surat huruf perlu ditulis. Aiyarrrkkk.. budak 5 tahun pun banyak homework ka? Hahahhaha..

Walau cuti sekolah, saya tak boleh cuti. Semester ini, kelas time ngam-ngam sebab saya buat pendekatan baru (actually balik pada pendekatan zaman UTM dulu). Kelas tutorial is kelas tutorial. No more lecture in tutorial time unless terpaksa. Ikutkan hati memang nak tibai bagi lecture kira latihan-buat-je-la-sendiri-tak-paham-datang-tanya, bolehlah saya apply cuti ke kan.. sebab silibus dah mendahului, tapi tak boleh. Kerana masa tutorial tu lah baru boleh detect bahawa mereka-mereka banyak kelemahan di sana sini. Tak apalah.. insyaAllah nanti bila universiti cuti panjang sebelum kemasukan baru yang hanya bermula september, boleh lah nak cuti.. duduk kemas rumah, kemas rumah, kemas rumah (Far, menyampah tak? Hahhah).

p/s: Pokok depan rumah dah kehausan.. harap petang ni boleh siram. Amin..

Graphics

4 comments:

ctlin said...

sarah sejak2menjank ni teacher dia slalu kasi homework,dolu2 xde pon..dan aku biasanya tgk je,bior jela dia wat,ble kata 99% dia wat sorang,ktrg just kasi kata semangat masa mula2 tu je...heheh. kalo sarah tu xwat (xpenah plak,sbb naik je kete masa on da way blk tu dia dah bgtau kene wat homework),ktrg pon wat xtau jela kot,xpela bdk2..heheh

Ibu Aunis said...

oklah tu..si fikriyah dah siap kena buat esei lagi..mau tak pening eden. kalo math tambah tolak, kire duit pun ade.
huhu. budak2 skang ni mcm tu kot eh

senorita_2012 said...

Lindar: Dulu-dulu 'Alawi saya biarkan jer.. sbb baru 5 tahun. Skrg dah 6 tahun saya setakat 3 bulan ni memantau hari-hari. Dah pantau 'Alawi, Aisyah terpaksa la.. Masalahnya cikgu 'Alawi tak bg kerja sgt bawak balik.. cikgu Aisyah pulak.. tapi takper la..

Far: Esei tuh! Hahahha.. kira kalau dah pandai eja dan baca oklah.. macam 'Alawi baru merangkak-rangkak.. tu pun bila kena angin kus-kus dia semua dia kata tak tau.. eheh. Math memang ada tambah tolak, saya tambah pulak bahagi.. keh.. keh..

Tapi sian bdk2 skrg, masa kanak-kanak dia tak enjoy. Tapi setakat ni saya tak tekan sgt22222. Sebab.. kesian. Biarlah tak genius pun, asalkan berpengetahuan cukuplah. Bimbang stresssss.

Ibu Aunis said...

uish. daklah pandai baca n eja sampi nak buat esei..ha tu la mak eh ni la yg kena spelling semua. aiyo. setkat short words mmg bole la..anak2 cite, mak tlg spelling kan plak..:)
tapi suka je plak buat keje.

hehe..ganas alawi. maklumla mak minat math..abes ko bagi bahagi terus..hihi..as long die enjoy ok jer kan..all the best