Pages

28 March 2011

Letih

Bismillah wa salam..

Eh eh.. macam dia sorang dalam dunia ni yang letih, ramai lagi orang lain. Hahahha.

En suami tiap weekend ada program. Sabtu lepas, bawa pelajar kokorikulum ke majlis Akademi Al-Quran akhir. 4 pagi Ahad baru balik. Hari Ahad, melepak tidur, alasan: dalam bas bukannya lena tidur! Padahal apa jadi sepanjang jalan tak sedar pun hehehhe. Incoming weekend, ada program Rehlah bermotor ke Kahang. Lamanya saya tak balik kampung.

Bila en suami takder, maka saya pun bergelut dengan 3 orang budak yang amat sangat aktif. Depan orang bukan main sopan santun, bila dengan saya haishhhhh.. Tapi anak-anak saya dah besar. Dah pandai main sama-sama, gaduh sama-sama (ni yang banyakkkk sekali), makan sama-sama.. paling banyak aktiviti makan la. Semua tak tidur siang. Saya sambil-sambil kemas rumah. Bila tiba masa untuk tengok Akademi Al-Quran, masing-masing termasuk saya dah berada di alam lain.

En suami: Tengok tak semalam? Ada muka Abang tak?
Saya: Hehheheheh..
En suami: Huh! Tidur la tuh!

Weekend sentiasa meletihkan. Tapi letih pun, saya gembira tengok telatah anak-anak. Saya berada di samping mereka sentiasa.

Hari ini, saya kembali bekerja. Menghadapi kelas yang sepatutnya pukul 8, ditunda ke 8.45. Saya letih mental sebenarnya. Sudah hampir ke penghujung semester, tenaga cuma tinggal apa yang ada. Bila cuti pertengahan semester jatuh selepas minggu ke 4, maksudnya kami ada 10 minggu untuk dihadapi pada pertengahan ke dua. Saya tak tahu orang lain, tapi pada saya, tak ada rest amat meletihkan mind saya. That's why bila cuti selepas 7 minggu then sambung lagi 7 minggu it's just nice. Maka, nampaknya saya perlu buat cuti sendiri untuk merehatkan kepala saya yang sudah penuh dengan formula ni (hahahahha! statement!). Bukanlah.. cuma mahu berehat.

Oleh kerana en suami asyik kerja je weekend, maka sebagai isteri yang proaktif saya dah minta izin untuk benarkan Ayah saya menjemput kami semua di sini Jumaat ini. Haaa.. bukan manja mengada-ngada, cuma sebab en suami nak guna kereta nanti untuk balik kampung pula, maka kami tak kan nak naik bas? Naik bas? Dengan 3 kanak-kanak riang? Owhhh.. tsk.. tsk.. Lagipun Emak saya mahu beli barang-barang kelengkapan untuk perkahwinan adik saya bulan 5 nanti. Fair and square. Win-win situation. Hehehhehe. Umur dah 32, anak dah 3, pun nak suruh Ayah jemput? Ish.. ish.. BUT Ayah saya dengan segera berkata BOLEH tanpa memikirkan aktiviti lain. Kerana cucu..

Graphics

2 comments:

Hamba Allah said...

bestnya 'alawi aisyah n rifaie...ada atuk...afham ammar dah x de tok ayah...tp atuk ada lg.....dkt bole la kak kan menjemput..kalo mcm saya ni..bye2 je la..dtg pun mak tak sudi.....ape lg..nk jemput saya blk kg.....huaaaaaaaaaa

senorita_2012 said...

ziha, mak ziha tu penat. mak akak pun kalau boleh tak nak gi mana2, cuma ayah akak jer yg rajin.. org pompuan mmg suka duk rumah.. hahah