Pages

06 April 2011

Positif

Bismillah wa salam..

Hidup adalah bagaimana kita memandang kehidupan. Hidup hanya sementara. Sampai masa kita akan dipanggil ke sana. Menunggu hari kita dihisab. Saya dan en suami selalu berborak, zaman sekarang, Allah mahu ambil nyawa kita sekejap saja. Kadang, sakit sikit-sikit, tau-tau meninggal dunia. Sakit itu hanya penyebab untuk mati. Tujuan asal, Allah mahu mengambil kita.. meninggalkan sisa-sisa manusia mengharung dunia akhir zaman yang maha dahsyat cabarannya.

Eh bukan nak tulis pasal tu. Dah tertaip, baca je lah.. heh heh.

Bila bekerja, berjumpa dengan ramai orang. Ada yang sangat positif pandangannya, semua cabaran ditukar kepada positif statement. Habis-habis pun dia akan berkata, sudah diberi tugas, laksanakan dengan penuh amanah. :) Merungut jauh sekali. Sukanya saya dengan orang begini. Kita pun terikut-ikut positif. Tapi susah juga yer.. bila ada yang tidak kena, sikit-sikit angin kus kus datang. Owh.. kuncinya SABAR.

Baru-baru ini,bersua pula dengan orang yang agak negatif pandangannya. Serba-serbi bila bercerita, pengakhirnya buruk sangka. Bila ada yang lambat sikit habis study di oversea, dikatanya main-main, banyak balik Malaysia, dan macam-macam. Saya agak kurang bersetuju, sebab walau kawan-kawan tak ramai berada di oversea, tapi saya tahu macam-macam jenis dugaan melanda mereka di sana. Adakala, kita tak pernah mahukannya. Saya pasti, sebaik sahaja kita pergi sambung belajar, masing-masing tersemat azam yang mahu pulang awal dan tepat masa, mahu belajar bersungguh-sungguh dan mahu jadi yang terbaik! Tapi, ingatlah, sesuatu yang hebat tidak akan kita dapat dengan mudah. Allah perlu menguji kita untuk memastikan kita layak memperolehinya. Eh ter emo pulak.. hahah, sebab sedih lah jika ada yang berpandangan begini. Ke ramai yang sebegini?

Banyak lagi yang negatif.. tapi biarlah.. Pada saya ia mewarnai hidup saya. Ambil yang baik. Dia bercerita berdasarkan pengalamannya. Dan kebetulan terkena dengan orang-orang begitu. Saya hanya jadikan iktibar. Entah saya pula nanti macam manalah keadaannya.

Apa-apa pun, be positif. Ia sangat membuatkan kita sentiasa bersemangat dan gembira.

Pesanan khidmat masyarakat (terutama untuk diri sendiri):
Hidup hanya sementara, buat yang terbaik selagi mampu. Jangan enjoy, tapi sentiasa menjadi lebih baik dari semalam. InsyaAllah.. POSITIFKAN MINDA ANDA.

Graphics

10 comments:

Ms.Lilies said...

hidup mesti ceria and +ve....br awet muda macam saya... ehh???akakakaka...


peace banun :)

Ibu Aunis said...

lbh kurang entry terbaru saya 'ter emo plak'..
tahla banun mmg kalo tak abes belaja dikatakan main2. Bodohla sape2 yg buat phd esp luar negara dgn niat nak enjoy jalan2. Saya yg mai dtg awal2 pasak dalam minda akan cabaran yg akan ditempuhi namun dugaannya sgt hebat, tidak terjangkau dgn akal fikiran sblm ni pun..x dinafikan ade yg dapat jlan mudah, ade yg sukar. terpulangla, tapi kalo nak rasa, daftar phd..kite tgk..hehhe..

terbebel plak.huh.

senorita_2012 said...

Mimi: Yo lahhhhh.. (+ve.. +ve..). Kekekek.

Far: Sebab tu saya bidas cakap dia.. :) Saya tahu, awak org yg amat rajin dan meletakkan prioriti yang tepat dalam hidup (bukan macam saya.. keh.. keh..). So, bila diuji sebegitu, sapa2 pun tak terjangkau akal Far.. Pada saya, sama seperti jodoh, anak, etc.. semua tu bahagian dan ujian masing-masing. Contoh terkini.. Lina. Kan?

Hamba Allah said...

This post has been removed by the author.

Hamba Allah said...

waa...sangat terharu dgn entry ni....seronot dan hepi tgk org berjaya...tp..pengalaman juga mengajar....kdg2 mmg +ve..tp kdg2 terpaksa -ve...takut juga x dpt harungi dugaan ni...mudah bercakap..tp tak senang melaksanakannya....rasenye dulu2..sebelum skrg ni..x penah terpk..nape org g blajo x leh abis..tak terpk..dia g main ke..g buang duit ke ape ke..yg tau...ehhh dah balik..kejap je kan...huhuhu....sapa yg -ve sgt tu kak ? mesti dia stress tgk org x de kt department tu...kekekeke...(ape la saye membebel neh)....

April 6, 2011 5:48 PM

senorita_2012 said...

ziha.. positif=baik sangka=spesifik to baik sangka ngan org lain.

Tapi takleh ahh nak positif ngan kita punya life sendiri, tu syok sendiri namanya. Wahahha. Kena juga ada faktor 'menakutkan' juga supaya jadi penggera (apa tah merepek).

Ziha tak kenal org ni.. serius. Biarlah rahsia. Ambil tauladan saja..

Hamba Allah said...

askm kak hihi..bgs juga saya x tau..aman dunia saya..kiki

ctlin said...

setiap org ada pandangan masing2..maybe yg bkata demikian sbb dia ada bhadapan ngan org camtu,wpon % sikit (secara logikla)...

yg penting,kita yg patut sentiasa pk +ve dan buat +ve:)..nk ubah org cukup susah dan maybe diluar kemampuan, better ubah diri dulu..biarkan je kata2 org sbb Allah itu maha adil

senorita_2012 said...

Lindar: ya betul!! sekrg ni, biar je la.. cuma saya control jer supaya aura negative tak masuk kepala.. hihi

ctlin said...

far, org xkan fhm apa yg kita rasa selagi org tersebut tidak mengalaminya sendiri..melihat tidak sama dengan merasai;)..apapun,syukur atas apa yg terjadi,sbb dari situla aku mula mengenal siapa aku dan siapa DIA:)..tidak akan terjadi sesuatu tanpa keizinanNYA