Alhamdulillah, segalanya tentang markah dan gred pelajar telah hampir selesai. Ia bukan satu kerja mudah, ia memerlukan ketelitian, semakan dan semakan. Ia pengakhir kepada satu proses panjang selama satu semester. Ia juga adalah sedikit bekalan masa depan pelajar di dunia ini dan jika dapat ditukar niatnya, menjadi juga bekalan di akhirat.
Apa yang boleh diperbaiki, telah saya sampaikan pada kj masa meeting tadi. Moga memberi manfaat di masa akan datang kerana ia bukan lagi proses semudah 2,3 tahun yang lampau. Jumlah pelajar makin bertambah. Subjek saya sendiri mempunyai 902 pelajar, itupun setelah bertukar beberapa kali jumlah di dalam sistem. Saya sendiri perlu marking 204 paper kelas saya, hanya dalam masa 7 hari (biasanya tolak 2 hari sabtu ahad sebab sangat tak tergamak nak abaikan family, lagipun sem ni ada kenduri), so tinggal 5 hari. Dalam 5 hari ada meeting perkara lain yang urgent, ada sahabat yang perlu jaga exam (dalam kes ni, saya dah siap-siap tukar dengan org lain sebab nak concentrate marking), ada masa bertenang, dan pelbagai lagi masalah. At the end nak siapkan analisis pada pengakhir hari yang ke tujuh tu adalah mustahil! Sebab bila dah settle, masuk analisis, jumlah tak tally.. haishhhh.. cek lagi dan lagi sampai pening menghadap sistem.
Ia satu proses rumit yang perlukan kesabaran. Namun saya lega kerana akhirnya ia berakhir buat sementara.. :)
2 comments:
yehaaa! kemas umah!!!
takde maknanye.. (mode sambil lewa tak boleh nak cuti).. hahhaha
Post a Comment