Alhamdulillah.. back to work.. back to a normal life.. back to errr.. paper life instead of periuk belanga pinggan mangkuk life.. keh.. keh..
Update kejap sementara bosan menghadap paper final exam ni.
[1]
Kenduri adik sendiri
Nikah + side perempuan hari Ahad (1 Mei). 2 Mei adalah side kami. Gambar-gambar adalah pada hari kenduri di side perempuan sebab bila di side kami, tak sempat (eh lupa) ambil gambar.
Pengantin
Salah satu hantaran untuk perempuan (bunga rampai)
'Alawi dan Aisyah
Sorang lagi anak teruna saya dan Pok De
Saya balik ke rumah pada hari Jumaat, tolong-tolong mana yang patut (mostly saya banyak kemas rumah hahah). Bila hari kenduri jadi terlebih sibuk sebab malam sebelum bilik pengantin tu family adik kedua yang tidur di situ, maka pagi-pagi hari duk bergegas-gegas kemas bilik pengantin yang penuh barang. Adik yang kedua sibuk duk menyelia orang masak makanan pengantin. Yang lain, adik lelaki part pinggan, gelas dan segala kerja topup air, topup lauk di khemah, adik perempuan sibuk hiasan khemah makan berdamai. Sorang adik perempuan jadi tukang jaga anak-anak saya dan adik hehhehe. Sebab dia sorang je yang jadi favourite anak-anak sedaranyer.. terpaksalah kan.. hahah.
Walau letih, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma tu lah.. dah jadi macam kenduri saya dulu, lauk pauk licin tak bersisa.. hinggakan yang datang petang, makan je lah apa yang ada.. Ayah saya dah bajet betul, tapi mungkin tetamu ramai tak terjangka. Rupa-rupanya, 2 Mei tu hanya rumah kani sebuah yang kenduri.. patutlah.. hahahha.
Selasa (malam) saya balik semula ke Batu Pahat setelah kemas apa yang patut, sebab Rabu dah ada pelajar buat appointment dan Khamis kena jaga exam subjek sendiri.
p/s: Jangan pelik jika kerja saya mengemas, sebab saya memang tukang kemas rumah dari zaman sekolah lagi. Maka tiap kali kenduri-kendara ke, Raya ke, memang Emak akan suruh saya kemas rumah dan adik kedua saya tugasnya memasak :P
[2]
Kenduri adik ipar
Pengantin (adik en suami yang perempuan)
Jumaat kemudian (6 Mei) saya sefamily balik ke rumah en suami pulak. Alhamdulillah sampai awal sebab misunderstand makluman ibu mertua, ingatkan nikah malam, rupa-rupanya nikah lepas Asar. Kira sempatlah menyaksikan majlis nikah (nikah adik sendiri tak pergi pun sebab duk kemas rumah for tahlil malam nanti). (Saya memang selalu tak paham apa Emak dan Ayah mertua cakap sebab slang nogoghi tu ada masa saya tak berapa nak tangkap keh.. keh..)
Kami sewa satu hostel (katanya homestay tapi pada saya more to hostel), sebab Emak dan Ayah saya pun turut datang malam tu untuk bermalam. Mereka bawa lauk pauk segar untuk makan berdamai pengantin, terpaksa datang awal. Saya dan keluarga menyibuk duduk sama hostel tu sebab rumah Emak mertua kami bagi ruang saudara mara yang datang tidur. Menyombong jauh sekali (sebab rumah Emak mertua lagi cun dari hostel tu.. kekeek), cuma satu jer.. aurat saya terjaga. Lagi satu hostel tu dalam kawasan masjid.. kira letih camno pun, subuh tetap awal punya sebab time azan pasti sedar (kot tak sedar entahlah.. hehehe).
Jumaat malam majlis berinai dan bergambar (gambar di atas). Esoknya (sabtu) kenduri besar. Pun ramaiiii tetamu sebab saudara mara seluruk pelusuk semenanjung datang.. heheh. Emak mertua adik beradiknya ramai, Ayah mertua pula adik beradiknya juga ramai (lain ibu pun ada) dan bertebaran.. bila kenduri semua hadir, campur saudara mara lain tok sana tok sini sampai saya pun confuse.. keh.. keh..
Tapi kenduri belah en suami, saya tak banyak bekerja sebelum, kerana di Felda mereka ada persatuan (kendarat) yang buat semua tu dari jaga hidangan, sampailah basuh periuk belanga.. tapi selepas kenduri mak aihhh.. tinggal kami anak beranak mengesat sekecil-kecil piring sampai sebesar-besar periuk. dan.. kemas rumah yang berpasir bagai nak gila.. dan.. jaga anak-anak saya yang duk ikut sepupunya tawaf keliling rumah. Risau saya sebab Rifaie asyik-asyik hilang, rupanya gi main longkang.. huhuhu. Saya risau dia main ke jalan jer sebab jalan depan rumah tu kenderaan kurang tapi bila ada laju-laju belaka.
Oklah.. asal nak buat pendek jer entry. Terpanjang pulak. Apa-apa pun dua-dua adik sudah selamat menjalani kehidupan suami isteri. Moga mereka dapat mengharungi susah senang, suka duka alam perkahwinan. Amin.





4 comments:
ohhhh kenduri mmg lotih...
kiut btl kekanak tu
lotih tapi berbaloi takpo.. hehhe..
seronoknyee kan....kak..yus tanye ni..camne akak buat signature bwh post akak ni...jwb jgn x jwb ye..hikhik
Seronottt..
Ziha, cakap ngan Yus,
1.(Step ni jika perlu-tak perlu jika kita sekadar nak tulis biasa saja) Mula-mula akak surf gambar ke, tulisan ke untuk di tepek. Kalau ada code html, senang kerja, kalau takde, gi google code html generator dan try n error utk generate code. COPY.
2. Gi kat dashboard, amik setting, then amik formatting. Dalam Formatting, pergi ke post template dan PASTE code html yg kita COPY tadi. Atau kalau sekadar nak taip apa-apa, taip je.
3. Save setting, dan siappp..
Actually, akak try n error.. rasa yus lg expert kot.
Sekian, Selamat Mencuba (kekekek)
p/s: Yus ada blog ker? Meh nak baca.. hahahha (muka penyibuk)
Post a Comment