Pages

26 August 2011

Mana mood?

Bismillah wa salam..

Mood yang tak ada. Tapi paksa diri siapkan segalanya before terpaksa bercuti lebih masa. Raya kali ni, raya di sini saja.. Sabtu raya ke-5 baru boleh start balik kampung. Time tu orang pun dah balik rumah masing-masing semula. Emak saya pun dah kerja da the next week nya lorrr..

Bukan pasal tak balik kampung tak ada mood (best apa raya rumah sendiri?), tapi pasai cuti yang saya terpaksa ambil minggu 5-11 September. Jika tengok memanglah best kan, start cuti dari esok, 27 Ogos sampai 11 September.. tapi nya.. haishhhhhh.. 12 September tu first day kuliah for the incoming semester lorrr.. that's mean, a lot of work, a lot of documents and plan-plan terkini yang perlu disediakan. Memang ler dah ready sekarang, tapi mentally kena ready juga.. apa-apalah, yang pasti kalau seminggu sebelum buka kuliah memang saya tak pernah cuti kot setakat ni sebab time tu ler buku dan modul siap dicetak dan diagihkan sesama pensyarah, time tu ler meeting penyelarasan, time tu ler nak confirmkan dokumen rpp yang baru.. dan macam-macam. Bukan sebab suka last minute, tapi sebab ada perkara last minute baru boleh decide sebab bergantung kepada jumlah students sebenarnya. Owh.. next sem saya ajar 4 kelas (2 subjek).. Semua 3 kredit.. First time ni, sebelum ni paling banyak 3 kelas jer. Excited juga (padahal dah kena warning kena percepatkan proses further study kekekke).

Dah lah.. redha. En suami lagi kesian, kena kerja (walau hanya pergi waktu solat jer, tapi still kami tak boleh ke mana-mana sebab terikat dengan masa). Saya ni duduk rumah jer.. silap-silap dah syok duduk rumah, mau lemau nak kerja semula.. hihihi.. (tu yang takut sebenarnya!).

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI. Semoga kita meraikan hari kemenangan kita mengawal nafsu makan, minum dan berbuat dosa dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Selamat tinggal Ramadhan, moga bersua Ramadhan akan datang :)

Graphics

1 comment:

Hamba Allah said...

selamat hari raya dan maaf salah silap saya ye kak ;-)