Adakala, sebagai manusia, kita banyak merancang. Tetapi perancangan itu semuanya dengan izin Allah. Ikutkan kehendak dan tuntukan tugas sebagai anak, isteri, ibu dan pekerja, banyak sungguh yang perlu dilakukan. Kiranya term doktor untuk saya rehat secukupnya tu adakala saya tak boleh apply dalam kehidupan sebab jika rehat 'secukupnya' bermaksud banyak benda yang saya tak boleh nak buat dan bila tak buat, otak saya akan berfikir sampai termimpi-mimpi. Jangan tak tahu, mimpi saya sekarang dihiasi kamiran-kamiran ganda dua, ganda tiga.. hihi.
Adakala bila di pejabat, rehat secukupnya saya guna dengan makan dan minum depan facebook dan blog. Menambah stress tapi dah terbiasa.
Warded on last wednesday, 19th October 2011, saya kehilangan berjam-jam yang boleh saya guna untuk marking test 1 students.
Setiap kandungan (baby) berbeza-beza, dan kali ini bezanya agak memberi impak pada saya.. namun saya pasti ada hikmah disebaliknya. Mohon juga doakan untuk Emak saya yang entah apalah keadaannya, saya nak balik kampung kejap lagi.. Emak saya penghidap darah tinggi tegar (tegar sebab darahnya kalau setakat 200/100 tu biasa.. haishhh), dan terjatuh pula..
Doakan semuanya baik-baik sahaja.. nak risaukan diri sendiri saja pun tak boleh sebab saya perlu juga risaukan orang-orang sekitar saya.. :) Maafkan saya puan doktor.. Jap lagi nak cek darah.. rasa macam tinggi mencecah awan sebab memangggg tak cukup tidur pun semalam. Packing barang, dan siapkan marking Test 1.. baru siap satu kelas.. huhu.
1 comment:
assalamualaikum kak banun,
selamat untuk akak dan mak akak, moga dua2 baik2 hendakanya..ujian untuk yang sabar. salam semua.
Post a Comment