Apa serabut sangat sem ni? Emmm.. banyaknya rasa tak puas hati.. tapi dah tak larat nak marah. 3 minggu lepas, banyak masa settlekan benda-benda yang remeh temeh. Mungkin jika sahabat lain yang tak berada di tempat kami-kami tak akan faham.. nampak sistem cun, tapi banyak permasalahan..
Sebenarnya.. banyak benda yang boleh diselesaikan jika dikendali dengan bijaksana. Jika kita yang create sistem, pasti kita tahu dan mahir untuk membetulkan permasalahan sistem tersebut. Tetapi, jika kita 'upah' orang lain create sistem, pasti kita pincang dan tunggang langgang even untuk kenalpasti masalah pun.
Ya, sama seperti researcher yang upah orang lain buat programming, macammana kita nak tahu errornya jika dah orang lain yang buatkan? Bagaimana kita nak ubah program menjadi lebih baik jika orang lain yang buatkan?
Saya letih nak merungut.. saya nak fokus pada pengajaran. Cukuplah, banyak benda nak disiapkan.. so, mari kita ubah sikap, buat anjakan paradigma.. kurangkan merungut, lebihkan muhasabah diri sendiri.. barulah meningkat prestasi. Sesuailah kalau nak naik gaji kan! Jika tak, nak minta naik gaji pun malu sebab dari awal masuk kerja sampai dah bertahun kita tetap menjadi orang yang sama tak belajar apa benda (mnalah jika teruk lebih buruk lagi kejadian) sebab tak mahu perbaiki diri.
p/s: Nasihat untuk diri sendiri. Gi siapkan soalan test tu oi!
3 comments:
merungut2 gak..dgn merugut2 ni la kite tahu nak bertindak ape kan..hehe..kalo relax je..terima je..mcm tu la kita..so betul la mari muhasabah diri..:)
all the best....kak banun :-)
Far: yer far.. kdg2 rasa dah sangat terlalu merungut sampai maleh dah.. nak hidup tenang je lah.. penat. So, baik perbaiki diri sendiri jer..
Ziha: Tq.. tsk.. tsk.. tsk.. bila mula kuliah, bermulalah penyesakan dada..
Post a Comment