Pages

18 July 2012

Rindu Ramadhan..

Bismillah wa salam..

Ada rasa rindu yang tidak tahu hendak digambarkan bagaimana. Saya mahukan Ramadhan yang terjaga keberkatannya. Kurang makan minumnya, kurang pada kehendak keduniaan, dan lebih pada pengabdian diri pada Allah. Suasana Ramadhan begini yang redup, tenang amat-amat saya rindui..

Semoga saya berpeluang bertemu Ramadhan tahun ini yang hanya beberapa hari sahaja lagi. Semoga juga saya berpeluang meraikan kemenangan hakiki setelah menjalani Ramadhan nanti. Dan.. semoga Ramadhan tahun ini bukan sekadar lapar dan dahaga, tetapi menjadi titik tolak untuk saya menjadi hambaNya yang besar hati, gagah semangat dan diredhai.. Aamin..

2 comments:

IbuAunis said...

salam ramadhan banun!

Ummu said...

Ramadhan kareem ya sahabat..