Bismillah wa salam..
Sewaktu sarapan, en suami bertanya pada saya jika ibu dan bapanya mahu datang ke rumah Sabtu ini, saya ok ke?
Subhanallah.. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan suami yang sangat berhemah dengan isteri. Adakala saya malu juga kerana saya ni kadang-kadang suka buat sesuka hati.. hehe. (Dah buat baru mintak izin.. LUPA). En suami tanya bukan sebab apa, tapi memandangkan Ahad ni kami berdua kena bekerja sempena konvo, jadi sebenarnya Sabtu tu saya dah plan untuk keluar beli barang-barang anak dan beberapa kelengkapan harian yang dah susut di rumah.
Ahad dan Isnin baru ini Ayah dan adik-adik saya baru saja berkampung di rumah, memang agak penat untuk menerima tetamu lagi. Tetapi mengenangkan besarnya fadhilat menerima dan memuliakan tetamu apatah lagi ibu dan bapa, maka insyaAllah, saya terima kehadiran mereka dengan hati terbuka. Lagipun Emak dan Ayah en suami bukan makan sangat pun.. nak masak tak perlu beria-ia, lauk yang simple dan sikit sudah cukup buat mereka. Masak lebih-lebih, pun sikit yang dijamah. Sama macam anaknya.. :P Beza dengan keluarga saya, nasi nya lain, kuihnya lain, masak makaroni bakar pun habissss.. pueh hati masak banyak-banyak. Tengok pulak macammana anaknya.. keh.. keh.. Tak paham tak per. :P
Betapa berhemahnya seorang ustaz.. walaupun sebenarnya tak perlu pun minta izin isteri. Tapi, kerana menghormati kudrat saya yang tak sebanyak mana ni, banyak perkara en suami tanya saya dulu. Yang selalunya, nak masak ke tak balik kerja? Hihih.
No comments:
Post a Comment