Bismillah wa salam..
Alhamdulillah.. semua final exam dah lepas. Sekarang sedang marking paper. Tinggal 30 orang saja lagi.. final exam paper mereka pada 18hb Jun, dan kelas nya tak ramai pelajar. Cuma 46 orang. Sebelum tu, paper saya pada 10hb Jun. Yang tu ada 157 pelajar, dan jeng.. jeng.. saya habis marking pada 17hb Jun. Dan 18hb Jun tu saya siap key in semua dalam sistem. Heeee.. bagi saya satu rekod baik tu! Tapi apa kesannya? Ya.. sekarang ini tengkuk saya amattttlah sakit. Macam robot rasa. Bila pegang je sakit nya. Bukan takat tengkuk, dah merebak ke bahagian belakang, sometimes tangan, kaki (eh?).
Saya perlu habiskan 30 pelajar ni lagi. Lepas tu key in. Next week tak boleh cuti. Macam-macam program ado. Time tu lah nak gi pinjam buku, time tu lah kena gi tukar printer, time tu lah ada program khidmat masyarakat, time tu jugalah nak pi bengkel.. (alahh.. bengkel sebelah rumah jer.. hihihi.. buleh balik time rehat). Maka rasanya awal Julai tu nak cuti. Nak gi urut badan (dah setahun lebih tak urut, last masa habis pantang kot hari tu, bulan 5 tahun lepas). Nak prepare untuk menyambut Ramadhan.. Nak bawak Khadijah gi klinik routine check up. Nak gi check gigi. Nak gi buat facial (ni kot rajinnnn.. hahahahha). Nak potong rambut. Wah! Banyaknya kehendak! Kekekke. Borang cuti pun belum isi.
Lepas tu bolehlah balik bekerja dengan mood yang ceria!
Oklah. Nak berangan pun.. tunggu lepas siap marking paper yer..
p/s: Biasa bila cuti semester, mesti ingat boleh rileks sikit kan? Takdonyerrrr.. harusss ada je lah benda-benda kena buat. Yang penting, saya ada satu tugas yang mesti saya siapkan juga!
No comments:
Post a Comment