Saya baru selesai membaca artikel Pelayaran Mengenal Fungsi Diri dari blog yang memang hari-hari saya pasti luangkan masa untuk melawatnya, Saifulislam.Com. Alhamdulillah.. di sana pasti tidak kecewa sesiapa yang memerlukan makanan rohani, terutama dalam menghadapi dunia penuh cabaran sekarang.
Malahan saya juga sudah membaca buku sulung penulis blog ini.. Aku Terima Nikahnya yang berjaya saya habiskan dalam masa 2 hari sahaja.. :) Mungkin bukan sesuatu yang pelik bagi orang lain tetapi bagi saya, dapat membaca buku dalam masa begitu dengan kerja dan anak-anak yang asyik nak 'merampas' buku 2 hari tu miracle kiranya..

Bukan jumlah masa membaca buku yang saya nak tulis sebenarnya.. cuma pengisian buku ini amatlah mengujakan buat sesiapa yang akan, sedang dan telah berkahwin.. gaya penceritaan yang santai, kompilasi dari kisah-kisah dan pengalaman hidup penulis sendiri dari alam 'mencari' bakal isteri, proses bertunang, seterusnya bernikah sehinggalah kepada mempunyai 3 cahayamata amat menarik untuk diikuti, tetapi bukan sekadar ikut kosong tetapi penuh pengisian dan santapan jiwa. Kebanyakan (hampir semua?) isi dalam buku telah saya baca di blog penulis, bagaimanapun bila saya membacanya sekali lagi, saya tidak pula rasa bosan..
Ok.. banyak idea nak tulis tapi bila dah ada masa lupa.. :)
No comments:
Post a Comment