Pages

02 December 2008

Bismillah..

Hmmmmmppphhhhh.. eheheh.. penat juga make up blog ni. Macam banyak masa free je kan? Saya actually sedang mengikut husband yang meeting di Melaka. Saya dan juga anak-anak.. :) Since baru dapat toy baru.. Celcom 3g broadband.. senang sikit saya nak surf internet selain dari office hour dan harap-harapnya at least bolehlah saya mengupdate sokmo saya punya blog yang asyik-asik bersawang dan berhabuk bertimbun. Selama ni, rasa bersalah juga bila nak guna masa office untuk buat merapu-rapu. Lagipun tak sempat daa..

Apa azam saya ye? Actually rasa nak aktif berblog.. kumpul kawan.. nak improve bahasa.. (selama ni saya punya ayat agak kucar-kacir.. hahahah) dan errr.. nantilah fikir. Yang penting saya sebenarnya nak cuba menulis dalam perkataan yang standard. Bekerja dalam bidang saya sekarang yang hanya bermain dengan formula dan serba sedikit perkataan (itupun english) membuatkan saya agak kaku mengarang. Tak percaya.. cuba baca ayat saya. Macam tah apa benda la yang saya nak tulis. Kadang-kadang tak ada mood nak update blog pun sebab asyik idea mati tengah jalan. At last saya delete aje post sebab ambil masa sangat nak completekan satu. Dah lah nak cepat. But I always believe.. practise make perfect.. InsyaAllah..

Pregnancy
Alhamdulillah.. saya sekarang sedang pregnant baby ketiga. Dah hampir 5 bulan dah pun. Macam biasa, saya tak mabuk teruk cuma biasalah agak kepenatan. Tambah-tambah ada baby tua dua orang tu. Awal-awal pregnant je yang agak menduga saya.. sebab betul-betul bulan puasa. Terpaksa juga skip puasa.. isk.. isk.. pecah record 3 tahun puasa penuh.. but I manage to tak skip banyak hari sangat.. 4 hari je.. Alhamdulillah.. And.. my sister in law pun baru aje pregnant dalam sebulan.. :) rezeki 2009.. hehhehe.

Melaka
Kami di Melaka untuk 3 hari aje. Check in semalam.. check out esok.. duduk di Naza Hotel, dekat dengan Tesco Melaka. Seriously.. saya tak pernah dengar nama hotel ni so tak tau glamour ke tidak. Saya cuma ikut 'rombongan' (hehehhe) orang pejabat hubby untuk meeting jauh dari kampung ke tengah bandar.. kihkihkih. First time dengar saya bayangkan Naza hotel ni macam Sri Malaysia.. which is.. dapat bilik level 3 dan angkut barang macam nak pengsan. But.. Alhamdulillah.. walaupun bukanlah sehebat Sh****** atau mana-mana hotel ternama berbintang-bintang, tapi service nya tip top. Pekerjanya amatlah baik dan ramah dan sedia membantu. Sesuailah dengan saya yang mengangkut dua baby tua dan perut yang semakin memboyot.. ehehehhe.. yang penting toiletnya bersih, selesa dan senang digunakan.. eheheheh.. kriteria utama tu. Harga tak tau sebab bawah budget pejabat tapi pada saya orang biasa-biasa sahaja.. murah tak apa asalkan bersih dan selesa..

Apa aktiviti setakat ini? Hmmm.. nama pun ikut husband meeting kan so nak jalan-jalan kena tunggu esok. Lepas check out baru boleh round Melaka. Batu Pahat dengan Melaka bukan jauh pun. Since saya tak ada apa nak buat.. budak-budak pun sibuk dengan lego.. saya pun sibuk make up kan blog ni. Luckily.. they tak berapa berminat dengan notebook sebab saya tak buka game.. heheheeh..

Oklah.. banyak sangat merapu. Nak siap-siap menanti malam tiba..

2 comments:

Ms.Lilies said...

banun..congrats...jelesnya saya...saya nak gak pregnant...

senorita_2012 said...

Alhamdulillah.. Mimi.. jangan putus asa.. masanya akan tiba.. hehhehe..