Pages

04 December 2008

Melaka dan Birthday 'Alawi

Bismillah..

Alhamdulillah. Dah selamat kembali ke rumah dan dah selamat bekerja.. hehehhe. Tapi biasalah.. selepas bercuti agak lama.. mood nak kembali buat kerja-kerja pejabat ni agak slow. So.. pinjam sat waktu pejabat untuk update blog.

Melaka

Aktiviti di Melaka agak terbatas sebab bukannya trip bercuti.. husband kerja kan.. so, saya nak drive jalan-jalan pun sebab tak mahir jalan. My little prince and princess hanya boleh duduk diam dalam kereta 10 minit je tanpa bergaduh. Jadi untuk mengelakkan apa-apa kejadian yang tidak diingini.. kami duduk di bilik hotel sahaja ye. Since swimming pool pun tak ada (ke saya yang tak jumpa?).. jadi duduk bilik tengok tv dan surf internet. Apa aktiviti kanak-kanak? Heheheh.. mengemas.. :)Balik semalam.. check out dalam pukul 1.30pm. Rasa nak balik terus ke rumah.. badan dah letih sebab duduk dalam aircond sepanjang hari.. dan tak buat apa-apa. Saya sangat letih bila duduk rilex.. hmmmppphhh.. Tetapi.. ayah dah janji pulak dengan 'Alawi nak pergi river cruise (dan dia tuntut janji tu setiap jam ok). So.. lepas lunch kami berempat pun pergi juga untuk merasa river cruise d' Melaka.. Tiket untuk dewasa RM5 dan kanak-kanak RM2. So.. terbang RM14 untuk satu trip pergi balik sepanjang sungai Melaka. Tak kisahlah labu..
Best jugalah.. tapi since belum complete lagi (banyak construction sepanjang sungai).. tak ada apa sangat yang menarik untuk dihayati.. hehhehe. Air sungai Melaka pun masih dalam proses pembersihan.. still ada bau.. bila dah siap semua mungkin ok juga, sebab Melaka pun memang banyak destinasi menarik kalau nak bawa anak-anak especiallynya..

Birthday 'Alawi
Dalam kepenatan balik dari Melaka, ibu bapa mana yang nak lupakan hari penting anak mereka. Ikutkan rasa, saya nak tidur terus. Tapi Ayah keluar juga untuk beli kek birthday boy seorang ni. Happy 3rd birthday sayang.. Potong kek aje. Aisyah dah pun tidur masa tu.. Kami tak buat sambutan apa-apa lagi. Ingat nak buat di nursery.. meriah sikit dengan kawan-kawan. Plan lepas Raya Haji.. lepas birthday Aisyah on 8th Disember. Ayat 'Alawi sekarang.. "Aisyah tak boleh.. Aisyah kecik lagi.. " hehheheh. Beza 'Alawi dan Aisyah setahun aje.. tapi 'Alawi perasan dah besar panjang.. Apa-apalah.. semoga membesar sebagai anak yang soleh dan sedia berjuang untuk Islam.. yang penting 'Alawi boleh doakan kebaikan kami apabila Ayah dan Ummi tiada nanti..

No comments: