Pages

13 January 2009

Ke mana hala tuju generasi kini?

Bismillah..

Saya bercuti hari ini. Tapi bukan cuti saja-saja, kena pergi klinik untuk monthly check up pregnancy ni. Hampir separuh hari saya di klinik. Biasalah.. saya bukan ke klinik private, cuma klinik kerajaan, jadi apa-apa pun kesabaran amat diperlukan untuk menunggu turn. Alhamdulillah.. segalanya baik, cuma ada beberapa perkara yang perlu dibuat susulan.. especially my hb yang susah sangat nak berada pada tahap normal nih.. :)

Semester ini saya dapat satu kelas yang ada international student. Ada 2 orang pelajar Somalia. Alhamdulillah.. dapatlah juga bertukar-tukar fikiran, pengalaman mengenai mereka dan negara mereka.. :D Owhh.. saya memang suka berborak dengan pelajar.. sapa-sapa yang datang office saya untuk tanya soalan mesti duduk lama sebab kena interview dulu heheheh. Tapi tak lah lama sangat, nampak tak professional sangat pulak nanti.. banyak borak pulak pensyarah nih.. macam tak ada kerja je kan..

Satu yang saya amat bimbangkan tentang generasi muda sekarang.. ada 'something' yang hilang dalam peribadi mereka. Saya tahu, ia bukan masalah baru.. even dari zaman saya dulu perkara macam ni dah terjadi.. tetapi mungkin tidak separah hari ini. It's not about result exam.. saya tidak menilai seseorang dari result exam dia. If he/she got E or D dalam subjek saya, it doesn't mean mereka tidak bijak. Mereka dan juga diri kita sendiri ada kelebihan penguasaan ilmu masing-masing. Mungkin kelebihan saya dalam bidang Matematik, tetapi kelebihan mereka dalam bidang kejuruteraan. Apa yang saya risaukan.. tiada kesungguhan dalam kehidupan mereka, yang nampak ketara hanya mahu berseronok dan entah apa.. mungkin passion dalam mencari ilmu itu tiada. Satu petang, seorang dari pelajar Somalia datang ke pejabat saya.. well kita tahu Somalia bukan negara semaju kita jadi adakala kesusahan itu menjadikan mereka lebih menghargai sedikit kemudahan yang mereka kecapi. Saya tergerak untuk bertanya pendapat mereka mengenai pelajar-pelajar Melayu kita.

(Perbualan ini telah dialih bahasa.. :) dan pelajar saya ini lelaki)

Saya: Saya selalu tengok kamu seperti lost bila berada dalam kelompok pelajar Melayu lelaki. Kenapa? Mereka tak cuba berkomunikasi dengan kamu ke?
Senyap seketika. Mungkin mencari ayat nak menjaga hati saya agaknya hehheeh.
Dia: Tak adalah Puan. Mungkin sebelum ini saya dan mereka berlainan seksyen, jadi agak kurang mesra.
Saya: Owh. Tapi takkanlah mereka tak boleh langsung nak bagi tunjuk ajar pada kamu walaupun tak kenal kan.
Dia: Sebenarnya saya agak susah nak bertanya apa-apa dengan pelajar Melayu.. terutamanya lelaki.
Saya: Kenapa?
Dia: Bila tanya mereka macam tak tau apa-apa je. Sebab tu saya lebih suka tanya pelajar cina. Lebih mudah sebab macam banyak perkara yang mereka tau compare to malay students. Saya tak pasti kenapa tapi saya rasa pelajar cina sangat hardworking.
Saya terdiam. Ini bukan apa-apa berbaur perkauman.. tapi ini satu kenyataan yang saya sendiri sudah lama bimbang.
Saya: Pernah cuba belajar dengan pelajar Melayu?
Dia: Pernah.. tapi susah sebab mereka sentiasa berada dalam kumpulan mereka sendiri dan agak susah untuk kami pelajar asing ni nak join. Tapi saya ada juga pergi ke rumah mereka.. untuk buat assignment.. hmmm..
Saya: kenapa?
Dia: Entahlah Puan, saya pening.. mereka buka lagu sangat kuat, dan terjerit-jerit. Dengan bau rokok lagi. Lepas tu kerja mereka mesti belum siap lagi. Saya agak kurang selesa untuk belajar.
Hmmpphh.. ini hanya sebahagian dari drama pelajar kita. Belum campur lagi dengan kisah-kisah sadis yang suami saya cerita.. belum lagi keluhan para felo asrama.. apa yang pelajar Somalia ini cerita pada saya hanya intronya sahaja.
Saya: Tak apalah. Thanks. Jangan fikirkan sangat. Ini masalah Malaysia.
Dia: Puan, ini bukan masalah Malaysia sahaja. Apabila kita sebut melayu, kita kenal mereka sebagai muslim. Apabila mereka berkelakuan begitu, mereka mewakili kelakuan muslim. Apabila akhlak mereka jatuh, mereka menjatuhkan akhlak orang muslim. Jadi ini masalah orang Islam, bukan masalah orang Melayu sahaja.

Saya terdiam. Pelajar Somalia adalah kebanyakannya Islam. Mereka datang ke negara kita, mahu menuntut ilmu di negara yang 'kita' labelkan sebagai negara Islam. Itu yang dia ceritakan pada saya, belum lagi yang dia belum sempat dedahkan. Mungkin pada orang lain.. biasalah dalam dunia sekarang tetapi tidak pada saya. Saya melihatnya serius kerana saya melihat mereka yang akan menggembeleng tenaga membentuk dunia anak-anak saya nanti. masa tu saya mungkin sudah tiada.. dan jika masih ada pun kudratnya sudah tidak seberapa. Bukan tidak ada yang baik.. ramai.. tetapi ramai lagi yang tidak eloknya.. Bukan elok 'result' tetapi elok 'akhlak'.

Universiti adalah tempat menimba ilmu. Bagi saya, Universiti menjadikan siapa saya kini. Universiti banyak mengubah persepsi dan hala tuju saya dalam dunia sementara ini. Keputusan peperiksaan hanya rencah dalam melepasi tembok Universiti.. tetapi yang paling berharga adalah pengalaman dan pengajaran yang diperolehi dalam mendewasakan seorang saya. tetapi.. bagaimana hala tuju generasi muda kini?

* Ini hanya pandangan saya yang masih mentah dalam dunia pengajian tinggi negara ini.

2 comments:

Ms.Lilies said...

bukan u je banun...alam sekolah pun sama...even worse...dulu saya pernah mengajar n mmg betul apa yg students banun ckp tu...mmg susah nak cr students melayu yg betul2 komited dgn study..yg betul2 jaga imej n kelakuan...sedih kan...

senorita_2012 said...

Ha ah Mimi.. semua ni dari sekolah actually. Saya tak tahu sekolah sekarang macam mana tapi kalau yang adik saya cerita, cikgu pun bukan ajar betul-betul.. ajar yang target nak masuk periksa jer.. sebab tu saya selalu angin kalau ajar add math pada dia sebab asyik cakap.. "Cikgu kata yang ni tak payah study sangat.. tak target masuk exam".. ishhh.. habis basic math apa yang dia nak bawa masa di U nanti?