Pages

27 January 2009

Cuti CNY

Bismillah..

Sempena CNY, sempatlah juga saya bercuti, main dengan anak-anak. Lebih cuti dua hari sahaja tetapi bukan senang saya nak cuti agak panjang begini. Biasanya cuma mengharapkan cuti hujung minggu yang sekejap, itupun semua serasa mahu dibuat dalam 2 hari.. :) Saya tidak memohon cuti lebih kali ini, lagipun suami kerja hari Isnin dan Selasa, jadi tempoh untuk balik kampung pun hanya 2 hari. Selebihnya kami 4 beranak duduk bersantai di rumah.. melihat 'Alawi dan Aisyah yang sekejap berbaik, sekejap bergaduh.. dan saya.. biasalah.. sudah namanya isteri dan ibu kan.. banyak yang perlu diuruskan dari pagi sampailah ke malam. Bagaimanapun, apa agaknya aktiviti saya cuti kali ini ye?

Balik kampung
Balik juga sebab sudah agak lama tidak menjenguk emak dan ayah. Kali ini giliran balik ke kampung saya di Pahang. Bukan hari raya sahaja kami ada giliran tau! Setiap bulan ada gilirannya, dan insyaAllah, kami cuba adil untuk kedua keluarga. Biasalah.. saya dan suami kedua-duanya anak sulung, jadi cucu pun cucu yang awal-awal. Atuk dan nenek bising sungguh jika cucu-cucu mereka tidak balik. Anak-anak terpaksa mengalah nampaknya.. giliran cucu-cucu dapat perhatian :).

Kami berada di kampung tidak lama. Pagi sabtu balik, lepas isya' ahad kami bertolak semula pulang ke Sri Gading. Subuh esoknya cik Abang dah kena bertugas di masjid. Perjalanan dari kampung ke rumah cuma 2 jam setengah. Begitu juga jika balik ke Negeri Sembilan, perjalanan juga lebih kurang 2 jam setengah. Jadi, memandangkan sudah cukup adil, saya dan suami mengambil keputusan untuk membeli rumah di sini sahaja dan tiada siapa yang bercadang mahu memohon kerja di negeri masing-masing (setakat ini).

Tukar template blog
Semasa di kampung, sempat juga saya melayari internet menggunakan saya punya broadband Celcom 3g. Malangnya, coverage 3g tak ada.. bagaimanapun, yang ada cuma edge sahaja. Tetapi.. hmmmm.. boleh tahan dan tidak juga terlalu lama menunggu. Anak-anak saya dilepaskan untuk bermain dengan atuk dan nenek serta adik-adik saya. Saya cuma bersihkan mereka dan bagi makan bila sampai waktu. Jadi masa yang banyak terluang tidaklah disia-siakan untuk saya mengubah apa-apa yang patut pada blog ini. Sama seperti rumah saya yang nyata.. rumah di alam maya juga perlu dihias supaya saya suka melihatnya.. Baiti Jannati :P. Memang template blog ini selalu sangat berubah sebab saya rasa tidak cantik pada pandangan saya. Lagipun masa saya depan pc yang agak terhad tidak memungkinkan saya untuk banyak sangat mencari free template yang sesuai dan senang untuk digunakan (bersyukurlah kerana blogspot sekarang sangat user friendly.. tak perlu saya terkial-kial mengubah kod html).

Masa di kampung ini saya menjumpai website yang menepati citarasa saya dalam mengubah template.. (lihat Credits). Memang sudah lama saya mencari template begini.. tidak terlalu macam website perniagaan.. tidak juga crowded menyesakkan pandangan, dan saya boleh tambah macam-macam yang saya suka tanpa kekangan dari kod templatenya yang berserabut dan menjahanamkan keseluruhan template saya. Cuma masalahnya banyak sangat yang saya suka sampai tak tahu nak pilih mana satu.. hehehhe. Bila dah jumpa, senang sahaja.. tinggal pilih, apply dan tambah apa yang patut. Itu semua saya buat di rumah sendiri dan memang tak boleh nak buat dengan lajulah.. sebab banyak yang perlu diutamakan dulu sebelum duduk menghadap pc. Jadi.. terhasillah template yang mungkin tidak seberapa pada pandangan orang lain tetapi saya memang suka.. lagipun ini memang blog personal kan.

Itu sahaja major perkara yang saya lakukan dalam cuti yang singkat. Masa lain? Saya rasa semua orang tahu tugas isteri dan ibu. Memang itulah juga yang saya lakukan setiap hari dari celik mata sampai tutup semula mata :) . Cuma hari minggu saya ambil masa agak lama mengemas rumah sebab siap mop dan buang sawang-sawang. Esok.. dah masa untuk ke pejabat semula.. :) Alhamdulillah.. apa-apa pun bersyukur sahaja dengan masa yang kita ada di dunia ini. Manfaatkannya sebaik mungkin!

No comments: