Pages

12 February 2009

'Air panas'

Bismillah..

Bila diingat-ingat kembali, saya tersenyum seorang. Gara-gara suami saya anak lelaki seorang dalam keluarganya, banyak betul kerja-kerja perempuan yang tidak diketahui. Apatah lagi nak ambil tahu nama-nama makanan atau bab masak-memasak!

Semalam, pulang dari kerja saya bergegas membersihkan diri.. mandi.. sebab balik pun sudah hampir pukul 6 dan suami saya perlu ke masjid untuk bertugas. Sementara suami membawa anak-anak ronda-ronda kawasan taman dan membeli sebungkus mee sup, saya bersiap-siap. Dalam pukul 6.30 mereka sudah pulang dan naik ke bilik.

Abang: Tadi ada orang letak kuih dengan 'air panas' dekat grill. Tak tahu siapa bagi.

Saya yang baru sahaja selesai bersiap terdiam. Air panas?

Saya: Kuih apa?
Abang: Err.. kek coklat. Siap dia bagi 'air panas' sekali.
Saya: Air? Air apa?
Abang: Entah. Air milo kot.

Dalam hati saya tertanya-tanya juga, siapa pulak yang baik hati siap bagi air sekali ni. Macam order dari kedai pula.

Memandangkan sudah siap semua, giliran saya pula membawa anak-anak ke tingkat bawah untuk suami bersiap-siap ke masjid. Tetapi, 'Alawi dan Aisyah tidak mahu ikut, mahu main kuda mereka yang saya letak di dalam bilik. Saya biarkan sahaja dan cuma memagar pintu bilik.

Turun ke dapur, saya melihat ada sebungkus plastik yang berisi kek coklat dan 'air panas' tadi. Seraya memandang plastik yang berisi 'air panas' saya mahu tergelak. Ini bukan air milo! Ini bubur pulut hitam! Ishhh.. Abang nih! Nama aje orang kampung.. bubur pulut hitam pun tak kenal. Saya pun masak air dan membancuh teh 'o' untuk di makan bersama kek coklat dan 'air panas' tadi.. sempatlah suami saya makan sebelum ke masjid.. haha.. tersenyum simpul saya bila menyediakan juadah :). Ada ka patut itu air milo! Makanan itu pemberian jiran kami yang sangat rajin memasak dan baik hati.. Alhamdulillah..

1 comment:

Ibu Aunis said...

hhahhaa...banun. itu anak laki sorang dalam kuarga dah jadik macm tu. Yang husband sya ni adik bradik sume laki except yg bongsu pun boleh jadik haru. "abg mmg suka makan sawi ni.."confident...walhal saya masak bukan sawi tapi kobis. Sawi ngan kobis beza mcm langit dan bumi!