Bismillah..
Lama juga tak update dan lama juga saya tidak surf internet. Cuti Thaipusam (Johor cuti..) saya balik ke kampung suami. Beria-ia saya membawa laptop.. ingatkan nak test line 3g di sana, mana tahu boleh update blog sikit-sikit. Rupa-rupanya.. modem tinggal di rumah.. :( Apa lagi.. masa lapang berganti dengan aktiviti tidur.. zzzzzzZZZZZ.
Cuti lagi hari ini. Pergi ke klinik untuk cek mengandung. Alhamdulillah.. sudah minggu ke 28++. Lepas ini, kena ulang ke klinik 2 minggu sekali. Nampaknya saya macam tidak boleh ambil cuti, berapa banyak pula cuti tahunan nak dihabiskan sebelum bersalin kan? Jadinya, saya rasa akan guna lebihan-lebihan masa yang saya selalu balik lambat dari pejabat untuk cover 'kehilangan' saya ke klinik. Syukur juga saya kerana jadual kuliah kosong pada hari Selasa. Ada rahmatnya kerana di klinik Sri Gading, lawatan ibu mengandung adalah pada hari Selasa. Macam tau-tau saja si pembuat jadual (kebetulan yang menguntungkan sebenarnya).
Balik tadi (dalam pukul 11) ingatkan mahu mencuci sawang-sawang di blog. Tetapi entah kenapa, sakit kepala+mengantuk+sakit badan tiba-tiba apabila saya membuka internet. Blog kawan-kawan pun saya baca sepintas lalu. Lepas tu terus bummm.. tidur. Siap mimpi hantu lagi.. heheheh. Apalah saya ni.. Anak-anak dari pagi dihantar ke nursery. Cadangnya balik tengahhari saya nak ambil, tapi dengan keadaan macam tu langsung saya tertidur sampai pukul 2.30. Biasanya waktu itu mereka sedang lenaaaa tidur. Tak apalah.. petang nanti ayahnya ambil. Bagi peluang main dengan kawan-kawan.. sudah lama cuti kan.
Oklah.. sudah. Namapun entry 'sedikit update'. Jadi, nanti-nantilah.. Sebenarnya bila masa-masa marah banyak betul rasa idea nak menulis. Macam-macam yang nak dikongsi. Apabila otak berada dalam keadaan rehat begini, rasa apa lagilah yang saya mahu taip nih! Masalahnya bila marah.. tak ada depan pc :)
2 comments:
owh, ibu mengandung pasti pelukan rehat yang cukup.. tido jangan x tido... ehhe... harap baby sihat.. ni mesti kes Hb rendah, kne ke klinik 2minggu skali...=)
Hahah.. ya betul! Hb memang tak naik-naik ke 11.. :) Duk di takuk +- 10.8 ajer.. huhuhu..
Post a Comment